Aktiviti Ramadan bantu anak fahami, hargai pengalaman puasa bermakna

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aktiviti Ramadan bantu anak fahami, hargai pengalaman puasa bermakna

Penjelasan ibu bapa boleh buat anak sedar puasa bukan sekadar tahan lapar, dahaga bahkan melatih kesabaran dan keikhlasan

Aktiviti Ramadan bantu anak fahami, hargai pengalaman puasa bermakna

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ramadan, masjid alkaff
Berrpuasa pada Ramadan dapat mendidik jiwa dan membentuk akhlak anak-anak, di samping memupuk rasa kesyukuran serta semangat kebersamaan. - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Ramadan bukan bulan bagi umat Islam menambah ibadah sahaja, ia juga peluang untuk mendidik generasi muda tentang nilai-nilai murni.

Di banyak masjid dan pusat masyarakat, kanak-kanak diberi ruang untuk menyertai aktiviti khas yang bukan menyeronokkan sahaja, malah membantu membentuk keperibadian mereka.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak memahami makna sebenar Ramadan.

Berpuasa bukanlah mudah bagi kanak-kanak kerana mereka perlu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Ada yang berjaya berpuasa hingga waktu berbuka, tetapi ada yang tidak.

Kejayaan mereka sering dipengaruhi dorongan keluarga atau rakan sebaya, justeru peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan pengalaman berpuasa mereka menjadi positif.

Rasulullah saw bersabda dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Sunan Ibn Majah)

Antara cara yang boleh dilakukan untuk berlaku baik terhadap keluarga ialah menerangkan maksud dan tujuan berpuasa kepada anak-anak supaya mereka memahami ia bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga melatih kesabaran dan keikhlasan.

Latihan berperingkat juga boleh membantu, contohnya dengan bermula dengan puasa separuh hari sebelum beralih kepada puasa penuh.

Selain itu, ganjaran berbentuk pujian, pelukan, atau aktiviti menyeronokkan selepas berbuka dapat memberi motivasi besar kepada anak-anak.

Suasana keluarga yang ceria ketika bersahur dan berbuka turut memainkan peranan penting dalam menanam semangat berpuasa dalam diri anak-anak.

Ramadan merupakan waktu istimewa untuk memperkenalkan anak-anak kepada nilai-nilai ibadah, rasa syukur, dan semangat kebersamaan.

Bagi anak-anak yang baru mengenal Ramadan, aktiviti menyeronokkan serta mudah difahami dapat membantu mereka merasai kehangatan dan keistimewaan bulan suci ini.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:

– Anak-anak diajak membuat jadual harian Ramadan dengan lukisan atau warna-warni supaya mereka faham waktu sahur, buka, dan solat istimewa yang hanya diadakan pada bulan Ramadan, iaitu solat tarawih.

– Anak-anak boleh menolong menyediakan juadah buka dengan tugasan mudah seperti mengatur kurma dalam pinggan atau menuang air.

– Aktiviti menghias rumah dengan hiasan Ramadan seperti bintang dan bulan sabit kertas akan membuat mereka teruja.

– Selepas buka, keluarga boleh solat berjemaah agar anak-anak merasai suasana ibadah bersama.

Kita tidak mahu anak-anak berasa Ramadan merupakan satu beban. Walaupun kita mungkin sibuk dengan pekerjaan harian, kita tetap perlu berusaha sebaik mungkin untuk menghidupkan suasana Ramadan.

Warnailah bulan mulia ini dengan sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak dengan menonjolkan bahawa Ramadan bulan yang indah dan penuh makna.

Selain itu, kita boleh mengongsikan tujuan umat Islam diwajibkan berpuasa serta hikmah dan kepentingan di sebalik ibadah puasa.

Ramadan ialah bulan mendidik jiwa dan membentuk akhlak, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Dengan sokongan ibu bapa, suasana keluarga yang ceria, serta aktiviti kreatif dan menyeronokkan, anak-anak dapat merasakan Ramadan sebagai bulan penuh makna, bulan penuh kesyukuran, kesabaran, dan kebersamaan.

Penulis merupakan Pegawai Dakwah (MRO) di Masjid Alkaff Kampung Melayu.

DERMA KEPADA DANA PENINGKATAN MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU:

1. Bagi keterangan lanjut, hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244.

2. Untuk menderma, anda boleh:

– Buat pemindahan bank ke akaun semasa OCBC 581-608668-001. Nyatakan ‘Dana Peningkatan’ pada ruangan ‘Rujukan’, dan e-mel tangkap layar transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.sg.

– PayNow ke UEN S94MQ0017D. Nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

– Kirim cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Nyatakan ‘Dana Peningkatan’, tulis nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan ke Masjid Alkaff Kampung Melayu di alamat 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok: @alkaffkm; Facebook: Masjid Alkaff Kampung Melayu; dan Instagram: @alkaffkgmelayumosque.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg