Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semua aktiviti udara dilarang di pantai utara Woodlands pada 11 Jan

Jan 9, 2024 | 5:55 PM
AKTIVITI UDARA DIHADKAN: Sekatan aktiviti udara dari 7 pagi hingga 12 tengah hari adalah untuk memudahkan acara di kawasan itu pada 11 Januari.
AKTIVITI UDARA DIHADKAN: Sekatan aktiviti udara dari 7 pagi hingga 12 tengah hari adalah untuk memudahkan acara di kawasan itu pada 11 Januari. - Foto fail

Semua aktiviti udara, termasuk menerbangkan layang-layang dan pesawat tanpa pemandu seperti dron, dilarang di kawasan di luar pantai utara Woodlands pada 11 Januari.

Kawasan larangan sementara (TRA) akan berkuat kuasa dari 7 pagi hingga 12 tengah hari pada 11 Januari, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataan pada 9 Januari.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), CAAS berkata sekatan itu adalah untuk memudahkan acara di kawasan tersebut, tetapi tidak memberikan butiran.

Kawasan larangan itu meliputi paras tanah hingga 762 meter di atas paras minimum laut.

Melancarkan belon besar tanpa pemandu yang ditambat ke tanah, atau pada ke objek di atas tanah juga dilarang.

CAAS berkata sebarang aktiviti udara tidak dibenarkan dalam TRA. Kegiatan yang dijalankan di kawasan larangan ini adalah satu kesalahan di bawah Perintah Navigasi Udara (ANO) dan Peraturan Navigasi Udara 2019 (101 – Operasi Pesawat Tanpa Orang) (ANR-101), melainkan permit yang diperlukan telah diperoleh.

Pesalah kali pertama di bawah ANO boleh dikenakan denda hingga $20,000. Kesalahan seterusnya membawa hukuman denda hingga $40,000, penjara hingga 15 bulan, atau kedua-dua sekali.

Bagi kesalahan pertama di bawah ANR-101, pesalah boleh dikenakan denda hingga $50,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-dua sekali.

Kesalahan seterusnya membawa hukuman denda hingga $100,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-dua sekali.

Sekatan sedia ada bagi pengendalian aktiviti pesawat udara dan tanpa pemandu dalam jarak 5 kilometer dari aerodrom atau lapangan terbang yang kecil, kawasan bahaya, kawasan larangan dan kawasan terlindung kekal berkuat kuasa, tambah CAAS.

Orang ramai boleh menyemak laman web OneMap.sg atau aplikasi OneMap untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan larangan atau memerlukan izin untuk menjalankan aktiviti pesawat udara dan tanpa pemandu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg