Akui penderitaan warga Palestin, Ketua Rabai tegas perpaduan S’pura perlu dipelihara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akui penderitaan warga Palestin, Ketua Rabai tegas perpaduan S’pura perlu dipelihara

Feb 23, 2026 | 9:06 PM

Akui penderitaan warga Palestin, Ketua Rabai tegas perpaduan S’pura perlu dipelihara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
RRG, Ketua Rabbi S’pura, perpaduan sosial
Ketua Rabai Singapura, Rabai Mordechai Abergel. - Foto BH oleh KHALID BABA

Ketua Rabai Singapura, Rabai Mordechai Abergel berkata beliau akur akan nasib warga Palestin yang terjejas dek konflik berterusan di Gaza.

Dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa tahunan yang dianjurkan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dengan kerjasama Masjid Khadijah, beliau berkata:

“Kita tidak boleh bersikap tidak peduli terhadap nasib dan penderitaan ramai warga Palestin yang terjejas akibat konflik yang panjang dan tragis ini.”

Beliau menambah bahawa masyarakat Yahudi juga sedar akan pentingnya memupuk ikatan persahabatan dan sikap saling menghormati di Singapura.

“Sebagai anggota masyarakat Yahudi, kami amat menyedari betapa besarnya kerugian yang bakal kami tanggung sekiranya kami gagal memupuk ikatan persahabatan dan rasa saling menghormati yang menjadi asas kepada masyarakat ini.

“Semoga kita terus kukuh, memastikan Singapura kekal sebagai mercu tanda keamanan, keharmonian dan kemanusiaan sejagat.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg