Topik diikuti
Pergi ke BHkuAl-Imtaq laksana korban, sumbang kepada wakaf pembangunan maahad tahfiz
Al-Imtaq laksana korban, sumbang kepada wakaf pembangunan maahad tahfiz
Al-Imtaq laksana korban, sumbang kepada wakaf pembangunan maahad tahfiz
Menurut kebanyakan ulama, hukum penyembelihan haiwan korban adalah sunat muakad.
Ertinya, ia sangat digalakkan bahkan dalam hadis yang mafhumnya bermaksud: “Barangsiapa yang berkemampuan namun tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah & Hakim)
Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, menjelaskan:
“Daripada maksud hadis tersebut, kita difahami anjuran berkorban adalah jelas sekali bagi yang mampu, walaupun pada masa-masa sukar yang melanda dunia hari ini.
“Anjuran tersebut juga tetap fleksibel, ditambah trend yang semakin popular akhir-akhir ini, yang melihat masyarakat Melayu/Islam bukan hanya berkorban di Singapura, bahkan mempunyai banyak wadah pilihan untuk menyalurkan haiwan korbannya.”
Sejak 2007, Al-Imtaq International & Services melaksanakan projek tahunan seperti projek Ramadan, Hari Raya Aidiladha, dan projek harian seperti pembinaan prasarana seperti musala, masjid, maahad tahfiz, pembinaan perigi, akikah serta tahnik.
Pada tahun ini (2026), Al-Imtaq menawarkan pakej korban yang dimampui.
Harga seekor kambing korban $190, manakala seekor kambing akikah berharga $200, dengan seekor lembu berharga $1,200 (dikongsi tujuh orang).
Ustaz Musa menambah:
“Bagi setiap korban dan akikah yang ditempah, sebanyak $5 akan disalurkan kepada wakaf pembangunan maahad tahfiz yang telah kami bina seawal 2012 dan kini muridnya sudah mencecah sekitar 600 orang.
“Itu semua tentunya atas sumbangan masyarakat Islam Singapura dan masyarakat dunia umumnya.”
Beliau juga menerangkan, daging korban itu akan diagihkan kepada petani, penternak,dan golongan lain yang kurang berkemampuan dan rata-rata menjalani kehidupan yang boleh dikatakan bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Mereka ini hidup di bawah garis kemiskinan atau dianggap miskin lagi fakir.
Pada 2026 ini juga, Al-Imtaq bekerjasama dengan ejen pelancongan, Na’am Travel, bagi membawa jemaah menyertai wisata sambil berkorban. Mereka juga dapat menyembelih haiwan korban mereka sendiri.
SEKILAS
Sekiranya anda berminat mahu menghulurkan sumbangan, caranya:
1. Untuk pembayaran tunai: Hubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073 agar seorang pegawai dapat tampil mengambil derma anda.
2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS: 019-904263-9.
3. Cek atas nama Al-Imtaq International & Services.
4. PayNow ke UEN No: 53202179K (Selepas lakukan transaksi, berikan bukti sumbangan dan hantar melalui talian WhatsApp 8454-3782).
5. Lungsuri laman www.al-imtaq.com.
6. Kunjungi pejabat Na’am Travel di 228 Changi Road #01-05 Icon @Changi, Singapura 419741, atau hubungi talian 8464-7880 untuk membuat pendaftaran.
