Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

‘Alamak’ perkataan Singlish paling popular

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Alamak’ perkataan Singlish paling popular

Mar 08, 2024 | 05:51 PM



‘Alamak’ merupakan perkataan Singlish paling terkenal yang digunakan di sini, menurut satu kajian berkaitan slanga yang digunakan di Singapura.


‘Makan’, ‘lah’, ‘lor’, ‘meh’ dan ‘leh’ juga merupakan antara perkataan yang sering digunakan, menurut tinjauan lebih 1,500 rakyat Singapura berumur antara 16 dengan 50-an tahun, yang dikendalikan oleh syarikat pembelajaran bahasa Preply.

Kajian itu mendapati bahawa 66 peratus responden dapat menggunakan ‘alamak’ dalam ayat.

Perkataan Singlish lain yang menduduki tangga teratas dalam dapatan kajian tersebut termasuk, ‘paiseh’, ‘kaypoh’ dan ‘shiok’.


Kajian itu dijalankan oleh Preply, syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, antara Januari dengan Februari 2024 dan bertujuan menyerlahkan trend dan cabaran yang dihadapi orang ramai dalam mempelajari bahasa baru serta pandangan penutur asli berhubung penggunaan slanga, lapor The Straits Times.


“Walaupun sikap terhadap slanga mungkin berbeza mengikut situasi dan generasi, tidak dinafikan ia mempunyai peranan penting dalam bahasa dan budaya.

“Memperkenalkan slanga tempatan adalah sebahagian besar dalam mempelajari bahasa dan menyesuaikan diri dengan penduduk setempat. Ia menunjukkan bukan sahaja kecekapan linguistik malah juga sensitiviti budaya,” kata pakar bahasa Preply, Cik Sylvia Johnson.

Dalam pada itu, majoriti responden kajian itu pula didapati tidak memahami trend lingo Gen Z, seperti ‘slay’ iaitu melakukan sesuatu dengan sangat baik dan ‘rizz’, yang merupakan singkatan bagi karisma.

Hampir 65 peratus responden tidak tahu cara menggunakan ‘slay’ dalam ayat, walaupun ia merupakan perkataan Gen Z yang paling difahami menurut kajian itu.

Sekitar tiga daripada 10 responden boleh menggunakan ‘sus’ (singkatan untuk mencurigakan), yang merupakan perkataan kedua yang paling difahami.

Hampir 80 peratus responden tidak memahami istilah ‘cap’ -– slanga bagi berbohong – dan ‘simp’, iaitu keadaan di mana seseorang memberi perhatian berlebihan dan terlalu tunduk kepada seseorang yang mereka suka.

Majoriti responden menyatakan bahawa mereka menggunakan slanga dalam situasi santai seperti ketika mereka bersama rakan dan keluarga.

Kebanyakan juga menggunakan slanga di tempat kerja, walaupun 74 peratus responden mengatakan adalah tidak sesuai untuk menggunakan slanga dalam persekitaran profesional.

Sesetengah orang pula tidak bersetuju dengan penggunaan slanga sama sekali, dengan sekitar satu dalam 10 responden berasa mereka yang menggunakan slanga hanya bersikap malas.

Sikap terhadap Singlish berubah saban tahun daripada kebimbangan awal terhadap standard bahasa Inggeris kepada sokongan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >