Alat AI kesan pesakit berisiko hidap kencing manis, kolesterol tinggi bakal dilancar 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alat AI kesan pesakit berisiko hidap kencing manis, kolesterol tinggi bakal dilancar 2027

Mar 5, 2026 | 1:25 PM

Alat AI kesan pesakit berisiko hidap kencing manis, kolesterol tinggi bakal dilancar 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bermula 2027, penyedia penjagaan utama di klinik perubatan umum SG Lebih Sihat akan dapat memanfaatkan alat penilaian risiko berbantukan kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengenal pasti individu yang mempunyai risiko tinggi menghidap kencing manis, kolesterol tinggi.
Bermula 2027, penyedia penjagaan utama di klinik perubatan umum SG Lebih Sihat akan dapat memanfaatkan alat penilaian risiko berbantukan kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengenal pasti individu yang mempunyai risiko tinggi menghidap kencing manis, kolesterol tinggi. - Foto fail BH

Kementerian Kesihatan (MOH) merancang menggunakan alat penilaian risiko berbantukan kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengenal pasti individu yang mempunyai risiko tinggi menghidap kencing manis dan/atau kolesterol tinggi dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Dibangunkan oleh Synapxe, Alat Penjelasan Penyakit Kronik Berbantukan AI (ACE-AI) itu akan dilancarkan mulai awal 2027 kepada penyedia penjagaan utama di klinik perubatan umum SG Lebih Sihat serta poliklinik.

Menggunakan status kesihatan individu seperti umur dan sejarah perubatan, alat AI tersebut dapat meramalkan risiko mereka menghidap kencing manis atau kolesterol tinggi.

Mereka yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi mempunyai lebih daripada 75 peratus peluang didiagnos dengan dua penyakit kronik tersebut dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Mengumumkan perkara tersebut semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MOH pada 5 Mac, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkata:

“Jika alat tersebut mengenal pasti pesakit sebagai berisiko tinggi, doktor boleh mengesyorkan pelarasan gaya hidup yang lebih ketara dan pemeriksaan tahunan dan bukannya (pemeriksaan) tiga tahun sekali.”

Penyedia penjagaan utama akan dapat melihat status risiko individu SG Lebih Sihat pada Rekod Perubatan Elektronik atau Sistem Pengurusan Klinik mereka.

Individu yang dikenal pasti oleh alat ACE-AI sebagai berisiko tinggi akan menjalani pemeriksaan risiko penyakit kardiovaskular (CVD) tahunan, yang ditingkatkan daripada setiap tiga tahun. Pemeriksaan tersebut akan diberi subsidi.

MOH berkata pengenalpastian individu berisiko tinggi secara sistematik membolehkan pengesanan lebih awal.

Bersama-sama dengan penjagaan pencegahan yang baik, ini akan membantu mencegah atau melambatkan kejadian kardiovaskular yang lebih serius dan berpotensi mengurangkan kos penjagaan kesihatan jangka panjang.

Penggunaan ACE-AI menandakan peralihan ke arah penjagaan pencegahan yang didayakan secara digital yang memastikan pemeriksaan yang disasarkan dan sesuai boleh diakses oleh pesakit berdasarkan profil risiko individu mereka, jelas kementerian itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg