Daripada seorang jururawat yang terus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kerjaya kejururawatan, hingga pelajar inovatif dalam teknologi kesihatan. Mereka hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2026, anjuran Institut Pendidikan Teknikal (ITE), yang menampilkan beberapa individu yang menjadikan pengalaman mereka sebagai pemangkin kepada sumbangan bermakna. Berita Harian (BH) melaporkan.

Ketika Nur Shafiqah Muhammad Hafidz mendengar pensyarahnya berkongsi tentang kesukaran mengurus ubat bagi warga emas, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat itu mula terfikir tentang bagaimana teknologi boleh membantu meringankan beban yang dihadapi golongan penjaga.