Topik diikuti
Pergi ke BHkuAlbum NDP 2026 satukan pelbagai genre lagu, rai suara S’pura
Album NDP 2026 satukan pelbagai genre lagu, rai suara S’pura
Langkah berani Pengarah Muzik, Bang Wenfu, tonjol bakat tempatan, gabung pelbagai unsur demi cermin identiti masyarakat bilang budaya
Album NDP 2026 satukan pelbagai genre lagu, rai suara S’pura
Buat julung-julung kalinya, rakyat Singapura kini dapat menikmati muzik Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2026 menerusi sebuah album khas yang menghimpunkan lagu daripada pelbagai genre dan artis, mencerminkan kepelbagaian suara serta pengalaman masyarakat negara ini.
Album NDP 2026: Go Beyond (Terbang Lebih Tinggi) diperkenalkan dengan tiga lagu, Giants nyanyian Iman Fandi, Sparkle oleh Gareth Fernandez dan Dru Chen, serta You’ll Be Okay oleh Jasmine Sokko.
Dalam satu sidang media pada 11 Jun di Infinite Studios, Pengarah Muzik NDP 2026, Encik Bang Wenfu, berkata format album tersebut sengaja dipilih bagi melangkaui pendekatan tradisional, yang lazimnya bergantung kepada hanya satu lagu untuk menyampaikan mesej NDP pada tahun tersebut.
“Singapura bukan sebuah masyarakat yang monolitik (sangat seragam dan tidak mempunyai kepelbagaian), kita sebuah masyarakat berbilang budaya.
“Oleh itu, terdapat kepelbagaian dari segi pilihan, pandangan dan juga mesej yang ingin disampaikan. Kami merasakan pelbagai lagu dapat memenuhi pelbagai idea, sudut pandang dan cita rasa dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
“Usaha meliputi pelbagai genre adalah sangat penting kerana ini merupakan sebuah persembahan untuk setiap rakyat Singapura. Kami tidak mahu walau satu kelompok kecil pun dalam masyarakat berasa seperti diri mereka terpinggir,” ujarnya.
Mengambil ilham daripada tema NDP 2026, iaitu ‘Majulah Singapura, Terbang Lebih Tinggi!’, Encik Bang menambah bahawa setiap artis dapat menemukan cara tersendiri untuk meluahkan mesej tertentu.
“Setiap artis mempunyai sesuatu untuk disampaikan, namun dalam konteks NDP, terdapat skop tertentu yang perlu dipatuhi kerana mesejnya ditujukan kepada semua. Jadi, kami merasakan bahawa sebuah album yang menampilkan pelbagai gaya lagu daripada pelbagai individu mungkin dapat menyampaikan mesej yang lebih menarik untuk semua,” ujar beliau, yang pernah menggalas peranan Pengarah Muzik NDP 2024.
“Jadi, kami merasakan bahawa sebuah album yang menampilkan pelbagai gaya lagu daripada pelbagai individu mungkin dapat menyampaikan mesej yang lebih menarik untuk semua,” ujar beliau, yang pernah menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik NDP 2024.
Sementara itu, Encik Bang berkata album tersebut menawarkan peluang mengetengahkan bakat tempatan, termasuk beberapa artis yang membuat penampilan sulung mereka dalam NDP.
“Kami merasakan sudah tiba masanya untuk mereka menyerlah di pentas tempatan, dan mereka sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini,” ujarnya.
Antara mereka ialah penyanyi tempatan, Gareth Fernandez dan Dru Chen, dengan lagu Sparkle menggabungkan elemen ‘soul’, ‘funk’ dan pop kontemporari.
Fernandez berkata beliau ingin lagu tersebut kedengaran lebih menaikkan semangat dan bertenaga, dan pada masa yang sama, kekal autentik kepada identiti para artis yang terlibat.
“Selalunya, terdapat kecenderungan untuk lagu-lagu NDP bergerak ke arah gaya tertentu. Bagi saya, saya mahu kekal setia kepada diri sendiri dan juga kepada kami sebagai artis,” ujarnya.
Merujuk kepada sebait lirik lagu tersebut yang sangat memberi kesan kepadanya iaitu, yang bermaksud, ‘Tekanan membentuk berlian, nak, tetapi ingat bahawa kamu sudah cukup seadanya’, beliau berkata:
“Saya rasa ia sangat mudah dikaitkan dengan kehidupan kebanyakan rakyat Singapura kerana kehidupan sememangnya datang dengan cabaran. Kita sememangnya bernasib baik di sini, tetapi tidak ada yang sempurna.
“Mesej itu adalah tentang bagaimana kita menghayati dan mengurus tekanan tersebut, bangkit menghadapi cabaran, dan terus melangkah ke hadapan sebaik mungkin,” jelas Fernandez.
Di sebalik tiga lagu yang telah pun dimuat naik, album tersebut akan secara berperingkat menampilkan muzik daripada siri drama mikro pertama NDP, iaitu Heartbeats. Ia termasuk lagu, Singapore Town – Tapau, yang dipersembahkan Shiok Sistas dan Ric Liu.
Ia termasuk lagu, Singapore Town – Tapau, yang dipersembahkan oleh Shiok Sistas dan Ric Liu.
Penggiat teater serta Pensyarah Kanan di Politeknik Temasek, Cik Aidli Mosbit, memberitahu Berita Harian (BH), lagu itu menawarkan pendekatan baharu terhadap lagu klasik, Singapore Town.
Beliau sebahagian daripada kumpulan Shiok Sistas yang ditubuhkan khas untuk siri drama mikro itu.
“Lagu Singapore Town ini sebenarnya lagu lama… tetapi diberikan nafas baharu, dan juga ‘vibe’ yang baharu.
“Kalau kita tonton nanti, konsepnya seperti kumpulan gadis – macam kumpulan K-pop, dengan gerak tari dan segala unsur persembahan.
“Jadi, idea kami adalah untuk menjadikannya sesuatu yang menyeronokkan untuk ditonton, yang membuat orang rasa ‘comelnya’ apabila menyaksikannya,” ujar beliau, yang juga memainkan watak Iman, ibu kepada Juraidah, yang dimainkan Iman Fandi.
Lagu Singapore Town – Tapau akan dilancarkan dalam Album NDP 2026: Terbang Lebih Tinggi pada Julai.
