Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Amalan baik pasangan S’pura dapat perhatian pemilik gerai di Port Dickson

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amalan baik pasangan S’pura dapat perhatian pemilik gerai di Port Dickson

Dec 12, 2023 | 01:46 PM
@kopidankueh

Sampai meja lain pun dia tolong kemas sekali. Semoga pelanggan macam ni murah rezeki selalu 🙏 #fyp #xyzbca #foryourpage #coffee #portdickson #kopidankueh

♬ Save Your Tears - The Weeknd



Peribahasa alah bisa tegal biasa saja sememangnya sesuai dikaitkan dengan dua pasangan pelanggan yang melanggani sebuah kedai makan di Port Dickson baru-baru ini.

Sebabnya pasangan yang dipercayai berasal dari Singapura itu telah melakukan amalan yang biasa seperti di Singapura – mengangkat pinggan mangkuk dan dihantar kembali ke kaunter bayaran.

Mungkin bagi masyarakat Singapura, ia merupakan rutin amalan biasa, namun ia mendapat perhatian pemilik restoran di Port Dickson.

Pasangan ini yang dipercayai dari Singapura kelihatan sedang menjamu sajian di Kedai Kopi & Kueh di Port Dickson.

Selesai makan, mereka berdua dengan spontan mengangkat pinggan dan cawan di atas dulang untuk dikembalikan ke kaunter bayaran. Bukan itu saja, malahan, wanita dalam video itu juga turut mengangkat dulang dan perkakas yang ditinggalkan di atas meja di belakang mereka, yang masih belum diangkat oleh pekerja kafe.

Tuan punya kafe, Encik Mohd Helmy Fathil, 31 tahun ketika dihubungi Berita Harian (BH) berkata beliau memuat naik video rakaman dari kamera jaran dekat (CCTV) restorannya kerana terpegun dengan tingkah-laku mereka.


“Saya kongsi video itu kerana ingin menyebarkan kesedaran sivik, amalan baik yang dipamerkan pasangan itu. Selalunya, pelanggan kemas meja sendiri saja, tetapi kali ini, meja orang lain pun mereka tolong bersihkan…”

Menurut Encik Mohd Helmy lagi, mereka tidak pasti pada awalnya dari mana asal pasangan tersebut.

Namun kemudian beliau menerima mesej daripada pasangan itu setelah video yang dimuat naik menjadi viral. Pasangan itu terharu, dan telah meninggalkan mesej untuk beliau di Tik Tok.

Pasangan yang dikenali sebagai Josh dan Grace itu menulis:

“Terima kasih kerana berkongsi mesej penting bahawa, kami semua, sebagai manusia, tidak kira dari mana jua kami datang dan siapa pun kita - boleh dan patut membuat yang terbaik untuk yang lain, dan meninggalkan dunia yang lebih baik dari sebelumnya (terutama sekali dalam masa-masa genting seperti ini)...”

Video itu telah mendapat tontontan sekitar 92.7 ribu kali dan masih tular menerusi wadah sosial media lain juga.

Rata-rata warga net memuji sikap pasangan itu, dan ramai warga Singapura menganggap perbuatan pasangan itu membanggakan, meskipun sudah menjadi perkara biasa di sini.

Komen dari seorang pengguna @zalina berkata:

“Kami dari Singapura, dan bangga dengan kamu. Teruskan…”

Ada pula yang berkata masyarakat Singapura biasa berbuat begitu kerana sudah terbiasa dan takut didenda kalau di sini. Pengguna TikTok @masrunijamil menulis:

“Singapura ada hukuman dan saman kalau tak patuh, so rakyat dah jadi kebiasaan…”


Menjawab komen-komen sebegitu, seorang lagi @vibesz9009 merumuskan:

“Sama ada terlatih (kebiasaan) atau tidak, ini menunjukkan asas ikhsan manusia untuk membersihkan kegunaannya sendiri, dan untuk terus melakukan (amalan) itu walaupun di negara lain, ia sangat memberangsangkan…”

Sejak 1 Jun 2023, rakyat Singapura akan diberi amaran bertulis jika tidak memulangkan pinggan mangkuk yang sudah terpakai di pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan. Pesalah berulang akan dikenakan denda atau didakwa di mahkamah. Menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), mereka yang ditangkap kali kedua akan berdepan denda sebanyak $300.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >