SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Amanah korban langsung dari ladang sendiri kepada warga di Indonesia

Amanah korban langsung dari ladang sendiri kepada warga di Indonesia

Apr 17, 2026 | 5:30 AM

Amanah korban langsung dari ladang sendiri kepada warga di Indonesia

kadang, kambing ternakan, piawaian kesihatan
Attawasol Insaniy menawarkan lebih 4,500 kambing ternakan sendiri tanpa orang tengah, dijaga rapi dan mematuhi piawaian kesihatan bagi menjamin mutu dan keselamatan. - Foto ATTAWASOL INSANIY SINGAPURA

Setiap kali tiba musim korban, antara persoalan yang sering berlegar dalam benak seorang Muslim: “Apakah aku telah benar-benar menunaikannya?”

Namun yang lebih dalam: “Apakah yang aku persembahkan kepada Allah swt?”

Menurut pengasas Attawasol Insaniy Singapura, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, korban bukan sekadar transaksi bayar dan serah, bukan mencari yang paling murah, dan bukan sekadar menunaikan kewajipan.

Ia adalah ibadah penuh keikhlasan kepada Allah swt.

“Di Attawasol Insaniy, kami memegang amanah ini dengan kesedaran setiap korban membawa niat, harapan dan keikhlasan yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

“Kami memilih mahu kekal fokus di Indonesia, di mana masih ramai yang jarang menikmati daging sepanjang tahun, serta kami sendiri turun padang mengurus amanah ini.

“Fokus ini bukan keterbatasan, malah pilihan demi memastikan setiap korban dijaga dan disampaikan terus dari ladang kami kepada penerima yang layak,” jelas Ustaz Dr Leyaket.

Beliau menambah: “Anda mungkin tidak berada di sana, namun amanah anda tidak pernah ditinggalkan. Setiap penyembelihan mengikut syariat dan agihan didokumentasikan.

“Kami sedang membangunkan Attawasol Farm 3, ladang dan pesantren khas untuk individu berkeperluan mental sebagai ruang terapi dan pembangunan diri. Di sini, korban bukan hanya memberi makan bahkan membina kehidupan.

Tempahan korban dibuka sehingga 10 Zulhijah 1447 Hijrah bersamaan 27 Mei 2026.

Attawasol Insaniy menawarkan lebih 4,500 kambing ternakan sendiri tanpa penglibatan orang tengah, yang dijaga dengan teliti serta mematuhi piawaian kesihatan yang ketat bagi memastikan mutu dan keselamatan terjamin.

Attawasol Insaniy menerima amanah anda dengan penuh tanggungjawab.

Untuk menyokong Attawasol Insaniy, sila imbas kod QR ini.
Untuk menyokong Attawasol Insaniy, sila imbas kod QR ini. -

SEKILAS:

Cara tempahan:

2. Hubungi talian WhatsApp di 9272-9132, 8874-8848, 9027-3547 (Berikan nama peserta, sohibul korban, alamat serta bukti pembayaran (PayNow).

3. Hadir di Madrasah Al-Khairiah (Still Road), Shubby Sweets Bakery (Chai Chee), Goldmas Jewellery (Arab Street).

4. Bagi pengambilan borang dari rumah, sila hubungi talian 8874-8848.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg