Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tradisi laksana korban penuh telus, bertanggungjawab

May 16, 2025 | 5:30 AM
ATTAWASOL INSANIY SINGAPORE, korban, indonesia
Daging program korban 2024 Attawasol Insaniy Singapore diagih kepada golongan memerlukan di kawasan terpencil seperti Gunung Kidul, Magelang, Kulon Progo dan Bantul, di Indonesia. - Foto ATTAWASOL INSANIY SINGAPORE

Di Singapura, Attawasol Insaniy Singapore antara peneraju utama dalam menyantuni ibadah korban sejak 2006. Lebih daripada sekadar memenuhi tuntutan ibadah, program korbannya juga melakar jejak kasih dalam bentuk bantuan kepada anak yatim serta menyokong pendidikan tahfiz di pedalaman Indonesia – satu misi yang dipegang dengan penuh amanah hampir 20 tahun.

“Bukan kami tidak mampu atau tidak mahu bekerjasama dengan pihak lain di seluruh dunia, tetapi kami memilih untuk melaksanakan amanah ini sendiri dengan tangan dan pengawasan kami dari awal hingga akhir,” ujar Pengarah Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar.

Attawasol Insaniy menegaskan seluruh proses korban – daripada pemilihan haiwan sihat dan menepati syarak kepada proses penyembelihan sah dan pengagihan kepada penerima layak – dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan mereka sendiri, yang terdiri daripada relawan dan petugas bertauliah.

Tiga Ganjaran dalam Satu Ibadah

Ustaz Dr Leyaket berkata dengan satu penyertaan korban, sohibul korban (orang yang melaksanakan ibadah korban) bersama Attawasol Insaniy berpeluang meraih tiga ganjaran besar:

1. Ibadah korban sah menurut syarak, di bawah pengawasan asatizah, mematuhi sunnah dan fiqh.

2. Sumbangan kepada rumah anak yatim yang diuruskan Attawasol Insaniy.

3. Sokongan pendidikan pelajar tahfiz yang hidup dalam serba kekurangan di kawasan pedalaman.

Keseluruhan daging korban diagihkan kepada golongan memerlukan, termasuk keluarga miskin, pelajar pondok pesantren, ibu tunggal dan masyarakat terpencil di kawasan seperti Gunung Kidul, Magelang, Kulon Progo dan Bantul.

“Saya ibu tunggal dua anak. Sudah lama kami tidak makan daging segar. Alhamdulillah, daging korban dari Attawasol Insaniy sampai ke kampung kami. Saya masak sup dan anak-anak makan dengan penuh gembira. Terima kasih kepada para pelaksana korban,” luah Ibu Marni, dari Gunung Kidul, Jawa Tengah.

Setiap tahun, lebih 70 relawan tempatan Indonesia dan 15 relawan dari Singapura menyingsing lengan, meredah hujan dan panas demi menyampaikan daging korban kepada mereka yang layak menerimanya.

Amanah dan Ketelusan

Beroperasi dari Madrasah Al-Khairiah di Still Road dan bekerjasama erat dengan pihak berkuasa daerah di Indonesia, setiap aspek pengurusan korban Attawasol Insaniy dilaksanakan dengan ketelusan dan penuh akauntabiliti. Setiap penyembelihan turut disertakan dengan sijil rasmi bergambar yang memaparkan kambing dan nama peserta korban; majlis khatam Al-Quran dan doa selamat atas nama peserta; dan laporan tahunan lengkap, termasuk data statistik penerima daripada pihak berkuasa tempatan.

“Perjalanan 20 ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi kisah amanah, keikhlasan dan kasih merentas sempadan. Jadikan 2025 permulaan amal jariah penuh bermakna untuk diri, keluarga dan masyarakat,” ujar Ustaz Dr Leyaket Ali.

Maklumat Tempahan

Tarikh tutup tempahan:

10 Zulhijah 1446 Hijrah / 7 Julai 2025 (Tengah hari)

Tempahan dalam talian:

Talian untuk pertanyaan dan pengambilan dari rumah:

6344-6334, 8874-8848, 927-9132, 9027-3547.

Tempahan fizikal boleh dibuat di:

Madrasah Al-Khairiah – 152 Still Road, Singapura 423991

Shubby Sweets Bakery – Blk 42 Chai Chee Street #01-68, Singapura 461042 (belakang Masjid Ansar).

Goldmas Jewellery – 103 Arab Street, Singapura 199799.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg