Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat anjur korban di Jawa beri harapan kepada golongan susah

Jun 1, 2025 | 5:30 AM
Ibadah korban di Jawa Tengah, Indonesia, ini dikendalikan sendiri oleh pihak Attawasol Insaniy, dengan penuh kesedaran, tanggungjawab dan niat tulus ikhlas.
Ibadah korban di Jawa Tengah, Indonesia, ini dikendalikan sendiri oleh pihak Attawasol Insaniy, dengan penuh kesedaran, tanggungjawab dan niat tulus ikhlas. - Foto ATTAWASOL INSANIY

Attawasol Insaniy merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada sohibul korban (orang yang melaksanakan ibadah korban) yang mempercayainya sejak sedekad lalu, ataupun yang kali pertama menyertainya pada 2025 ini. Ia amat menghargai sokongan dan kepercayaan pelanggannya yang menjadi inspirasi agar ia terus menyantuni ummah dengan penuh amanah.

Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, berkata setiap nama yang tertulis dalam senarai korban bukan sekadar peserta, mereka penyambung kasih, pemikul harapan dan pelaksana amanah dan dengan tidak secara langsung mengharumkan nama baik Singapura. Melalui sumbangan ini, ribuan keluarga dapat menikmati daging segar, anak yatim berasa disayangi, dan pelajar tahfiz dibantu agar terus menuntut ilmu.

“Kami kenal wajah-wajah ini. Ada yang konsisten berkorban setiap tahun atas nama arwah ibu bapa. Ada pula yang korban bersama anak kecil mereka, membina warisan ibadah daripada generasi kepada generasi.

“Dalam catatan kami, ramai peserta tidak pernah berhenti menyumbang sejak acara korban pertama secara rasmi di Jawa Tengah pada 2016, walaupun dalam keadaan ekonomi mencabar atau musim pandemik. Ini membuktikan bahawa roh korban lebih daripada kemampuan, ia soal keikhlasan dan kesetiaan kepada amanah ibadah,” jelas Ustaz Dr Leyaket.

Beliau memberitahu Berita Harian (BH), setiap haiwan korban bukan sahaja menjadi makanan, malah wasilah doa. Anak yatim di rumah jagaan Attawasol Insaniy di Jawa Tengah akan menadahkan tangan, menyebut nama sohibul korban satu persatu – memohon keberkatan dan perlindungan buat mereka.

“Bayangkan nama anda disebut dalam doa orang yang tidak pernah anda temui. Itulah makna sebenar berkorban, Pada saat kita meraikan Aidiladha berasama keluarga, ada mereka yang menyambutnya dengan air mata syukur, kerana sepotong daging membawa mereka rasa disayangi dan diingati,” katanya.

Attawasol Insaniy tidak sekadar menunaikan ibadah, malah menjalankan amanah. Setiap tahun, ia memastikan bahawa daripada pemilihan ternakan, proses penyembelihan, penyimpanan, pengagihan, hinggalah kepada laporan akhir, semuanya dikendalikan sendiri oleh pasukannya yang berpengalaman dan dipercayai di Singapura dan Indonesia.

“Tiada pihak ketiga, tiada ejen luar, hanya kami dan anda, bersama dalam satu misi yang suci. Kami mengajak anda bersama kami melaksanakan Ibadah Qurban 1446 Hijrah. Jadikan ia hadiah buat arwah ibu bapa yang kita rindui, titipan doa untuk anak-anak yang sedang membesar, atau tanda kasih dan empati kepada saudara Islam di desa-desa yang memerlukan dan inilah antara punca murahnya rezeki seorang hamba Allah swt.

“Tumpuan kami sepenuhnya ialah di Indonesia, khususnya di Jawa Tengah, di mana segala proses korban dikendalikan sendiri dengan kesedaran, tanggungjawab, dan niat tulus untuk menyampaikan rezeki kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya.

“Kami percaya, ibadah korban bukan hanya tentang ‘menjalankannya’, malah tentang ‘bagaimana ia dilaksanakan’. Dan oleh sebab itu, kami sanggup memikul seluruh prosesnya sendiri, dari kandang sehingga ke tangan penerima,” tambah Ustaz Dr Leyaket.

Untuk menyokong Attawasol Insaniy, sila imbas kod QR ini untuk tempahan ibadah korban haiwan kambing.
Untuk menyokong Attawasol Insaniy, sila imbas kod QR ini untuk tempahan ibadah korban haiwan kambing. - Foto ATTAWASOL INSANIY
Untuk tempahan korban haiwan lembu, sila imbas kod QR ini dan isikan borang yang tersedia.
Untuk tempahan korban haiwan lembu, sila imbas kod QR ini dan isikan borang yang tersedia. - Foto ATTAWASOL INSANIY

SEKILAS:

1. Isi Borang Tempahan Online – Imbas kod QR atau klik pautan di bawah :

2. WhatsApp untuk pertanyaan ke talian 9272-9132, 8874-8848, 9027-3547.

3. Pembayaran menerusi PayNow UEN di T17LL0787E atau melalui OCBC Bank: 6421-4943-9001.

4. Kunjungi pejabat syarikat di Madrasah Khairiah di 152, Still Road Singapura 423991. Untuk janji temu, hubungi talian 6344-6334, atau kunjungi cawangan berikut:

– Shubby Sweets Bakery: 42, Chai Chee Street #01-68 Singapura 461042.

– Goldmas Jewellery di 103, Arab Street Singapura 199799.

5. Untuk pengambilan borang dari rumah, sila hubungi talian 8874-8848.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg