Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amazon Web Services lancar hab inovasi sejagat pertama di S’pura

Jun 26, 2025 | 6:40 PM
Lengan robotik dalam aksi di barisan pemasangan simulasi Kilang Bijak Basikal Elektrik Amazon Web Services (AWS), yang memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) generatif dan (nternet Benda (Internet-of-Things atau IoT) untuk mengatasi cabaran seperti kekurangan inventori dan kawalan mutu di Hab Inovasi AWS yang terletak di pejabat AWS Singapore di Central Boulevard.
Lengan robotik dalam aksi di barisan pemasangan simulasi Kilang Bijak Basikal Elektrik Amazon Web Services (AWS), yang memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) generatif dan (nternet Benda (Internet-of-Things atau IoT) untuk mengatasi cabaran seperti kekurangan inventori dan kawalan mutu di Hab Inovasi AWS yang terletak di pejabat AWS Singapore di Central Boulevard. - Foto AWS Singapore

Satu barisan pemasangan basikal menampilkan lengan robotik di setiap stesen proses tersebut, menandakan peralihan daripada penggunaan tenaga kerja manusia tradisional.

Peralihan tersebut memperlihatkan bagaimana automasi dan kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula masa depan pengeluaran kilang.

Sebahagian daripada simulasi Kilang Bijak Basikal Elektrik oleh Amazon Web Services (AWS), ia juga melibatkan kerjasama salah satu rakan kongsi teknologi mereka seperti Denali Advanced Integration.

Mereka bertindak sebagai pengamir sistem dan melaksanakan sistem pemeriksaan mutu automatik yang dikuasakan AWS, menggunakan pembelajaran mesin untuk mengesan kecacatan pada peringkat akhir pemasangan.

Huraian tersebut merupakan salah satu daripada 50 kes sebenar yang dipamerkan di Hab Inovasi AWS yang dilancarkan di pejabat AWS Singapore di Central Boulevard pada 26 Jun.

Pertama seumpamanya di peringkat sejagat, hab seluas 8,000 kaki persegi itu bertujuan mempercepat transformasi digital dan AI bagi pertubuhan sektor awam dan swasta di seluruh rantau Asia Pasifik (Apac).

Menurut Naib Presiden bagi Penjualan Global Asia Pasifik dan Jepun di AWS, Encik Jaime Valles, hab itu membolehkan pelanggan membina pelan tindakan yang praktikal bagi menangani cabaran dan peluang utama di rantau ini.

Ini bersama dengan sokongan teknologi awan dan AI serta rangkaian lebih 140,000 rakan kongsi AWS di seluruh dunia.

“Inovasi teknologi amat penting untuk pertumbuhan Asia, dan kami memerlukan inovasi untuk mengubahkan pengalaman pelanggan sambil memberikan nilai perniagaan yang sebenar.

“Daripada pertanian bijak… kepada respons kecemasan dan perkhidmatan digital untuk rakyat – peluang yang ada tidak terhingga, dan kami teruja untuk membantu mempercepat kadar inovasi digital bagi rantau ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, pelancaran hab tersebut turut bertepatan dengan pelancaran program AI Springboard oleh AWS dan Industri Digital Singapura (DISG), yang bertujuan membantu sehingga 300 syarikat yang berpangkalan di Singapura untuk memperluaskan penggunaan AI merentas operasi mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Mereka termasuk korporat besar, syarikat kecil dan sederhana (SME) dan syarikat pemula tempatan.

Dalam komitmen AWS terhadap pembangunan ekonomi digital tempatan, AWS telah menyuntik $12 bilion pada 2024 dalam tempoh empat tahun akan datang untuk projek perkhidmatan awan atau cloud dan AI, serta mengembangkan operasinya di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg