Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ambil angin di Jewel...

Jun 15, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
- Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

PUSAT beli-belah Jewel di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dibuka semula semalam selepas sekitar sebulan ditutup menyusuli kelompok jangkitan yang membabitkan lebih 100 kes muncul di lapangan terbang bulan lalu.

Namun, tinjauan Berita Harian (BH) ke sana menunjukkan keadaan masih lengang kerana menjamu selera di premis makanan dan minuman (F&B) masih tidak dibenarkan di bawah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat).

Pembukaan semula Jewel jatuh pada hari yang sama Singapura memasuki Fasa Tiga semalam yang membolehkan had perhimpunan orang ramai dinaikkan kepada lima orang berbanding dua sebelum ini.

Encik Mohd Nazam Abdul Rahman, seorang teknisyen berusia 52 tahun, berada di situ bersama kakak, ibu dan pembantu rumahnya untuk mengambil angin (gambar atas).

"Saya rasa pihak Lapangan Terbang Changi telah melaksanakan yang terbaik untuk keselamatan kami di Jewel, cuma sayangnya... belum boleh makan di sini," katanya.

Di bawah Fasa Tiga yang diperkenalkan secara berperingkat, makan di luar hanya dibenarkan bermula 21 Jun.

Sementara itu, kelonggaran yang bermula semalam memberi sedikit kelegaan kepada perusahaan setempat seperti pengendali spa dan golongan pemandu kereta sewa privet dan teksi.

Taman-taman juga kelihatan mempunyai lebih ramai orang yang beriadah.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg