Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AMP anjur acara Ramadan bagi pererat keluarga

Mar 26, 2025 | 1:40 PM
Seramai 54 kanak-kanak di bawah usia 10 tahun menyertai acara Ramadan AMP Singapura, ‘Ramadan Recharge’, dan diberi peluang mereka tanglung dan menulis kad Hari Raya. Acara itu bertujuan mengingatkan peserta tentang peri pentingnya keluarga.
Seramai 54 kanak-kanak di bawah usia 10 tahun menyertai acara Ramadan AMP Singapura, ‘Ramadan Recharge’, dan diberi peluang mereka tanglung dan menulis kad Hari Raya. Acara itu bertujuan mengingatkan peserta tentang peri pentingnya keluarga. - Foto AMP SINGAPURA

Seramai 200 benefisiari menghadiri acara, ‘Ramadan Recharge’, anjuran AMP Singapura pada 22 Mac di Pasir Ris East CC. 

Antara yang hadir di acara yang bertemakan keluarga itu ialah 50 belia dan 54 kanak-kanak.

Mereka yang dijemput dikenal pasti melalui beberapa program yang membantu keluarga berpendapatan rendah. 

“Sebuah keluarga yang kuat adalah tulang belakang sesebuah masyarakat yang maju.

“Melalui acara seperti ini, kami harap dapat menguatkan ikatan keluarga dan membina keteguhan dalam kalangan benefisiari kami,” kata pengerusi AMP Singapura, Ustaz Fathurrahman Dawoed. 

Untuk memupuk sikap mementingkan keluarga, peserta dalam kalangan belia menyertai bengkel yang membolehkan mereka berbincang mengenai cara memperbaiki hubungan bersama keluarga, manakala kanak-kanak di bawah 10 tahun diberi peluang menghasilkan tanglung dan kad perayaan. 

Peserta dewasa acara itu pula mengikuti sesi perkongsian bertajuk, The Undeniable Power of Family during Ramadan (Kuasa Keluarga Yang Tidak Dapat Dinafikan pada Ramadan) oleh Ustazah Dr Noraini Abdul Wahab, seorang pakar psikologi Islam yang juga pakar klinisian kesihatan minda dan kaunselor pemulihan.

Melalui sesi tersebut, Ustazah Dr Noraini berkongsi cara mengeratkan silaturahim pada Ramadan, seperti berbual dengan cara baik, berkongsi kerja rumah dan memaafkan satu sama lain. 

Sebagai tanda mata, setiap peserta diberikan sebuah pek perayaan mengandungi kuih Raya dan makanan keperluan, serta gambar keluarga yang diambil semasa acara tersebut. 

Peserta juga menerima baucar barangan runcit bernilai $120 demi membantu persiapan Hari Raya mereka. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg