Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AMP harap S’pura terus undi resolusi PBB bagi gencatan senjata di Gaza

Dec 15, 2023 | 8:43 PM
KEAMANAN DIPERLUKAN: Seramai 153 negara mengundi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada 12 Disember.
KEAMANAN DIPERLUKAN: Seramai 153 negara mengundi menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada 12 Disember. - Foto REUTERS

AMP Singapura melahirkan harapan agar pemerintah Singapura terus mengundi untuk resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata dan menyuarakan kebimbangan terhadap perlindungan awam dan kemudahan perubatan berhubung konflik di Gaza.

Badan Melayu/Islam itu juga menggesa supaya penyelesaian tetap bagi menangani keadaan di Timur Tengah dapat dicapai segera.

Dalam satu kenyataan media pada 15 Disember, AMP berkata:

“Kami berharap pemerintah Singapura terus menunjukkan pendekatan berprinsip kami, seperti terus mengundi resolusi PBB yang menyeru gencatan senjata, serta menyatakan kebimbangan kami terhadap perlindungan awam dan kemudahan perubatan. 

“Melebihi ini, malah menggesa penyelesaian tetap pada keadaan, dan bukan hanya satu lagi gencatan senjata sementara.” 

Pada 13 Disember, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dalam catatan di Facebook, berkata Singapura menaja bersama resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menuntut gencatan senjata segera “kerana kami amat bimbang dengan kemusnahan yang berterusan dan kenaikan bilangan orang awam yang terkorban di Gaza”.

Sejumlah 153 negara mengundi menyokong resolusi yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera.

Sekurang-kurangnya 18,000 warga Palestin telah terbunuh oleh serangan udara Israel dan operasi ketenteraan lain di Gaza, menurut pegawai kesihatan Gaza.

AMP juga berkata sebagai ahli masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab, ia menjadi kepentingan Singapura sebagai sebuah negara kecil untuk “memastikan undang-undang antarabangsa kemanusiaan dihormati oleh semua pihak”.

“Walaupun resolusi PBB tidak sah di sisi undang-undang, ia membawa kepentingan politik yang ketara dan mencerminkan pandangan yang berkembang tentang perang di seluruh dunia.

 “Masyarakat antarabangsa mempunyai kewajipan moral untuk memberi peluang kepada penduduk di Gaza untuk menjalani kehidupan mereka dengan aman, memupuk maruah dan membolehkan anak-anak mereka membesar dalam persekitaran yang selamat dan bebas,” jelas kenyataan itu.

AMP menambah bahawa gencatan senjata adalah langkah untuk mencapai keamanan yang diperlukan.

Ini dengan “terlebih dahulu memastikan pengagihan bantuan yang betul, dan menanam benih harapan untuk belia kita bahawa pembentukan keamanan boleh dilaksanakan dan cara terbaik melangkah ke hadapan untuk dunia”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg