Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Amy Khor garis usaha sektor kesihatan tangani isu perubahan iklim

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amy Khor garis usaha sektor kesihatan tangani isu perubahan iklim

Apr 22, 2024 | 08:08 PM



Pemimpin dan pentadbir dalam sektor penjagaan kesihatan sedang aktif berusaha dengan segera untuk menangani isu penggunaan tenaga dan air, di samping membina prasarana dan pengurusan sisa.

Ini kerana sektor penjagaan kesihatan merupakan penyumbang utama perubahan iklim. 

Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, pada 22 April.

Menerangkan lanjut semasa berucap di Simposium Kemampanan Jagaan Kesihatan Awam, yang diadakan buat julung-julung kalinya di Auditorium Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH), Dr Khor berkata perubahan iklim bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar, malah ia juga menimbulkan ancaman kepada kesihatan.

Dr Khor menegaskan bahawa sektor penjagaan kesihatan merupakan penyumbang utama perubahan iklim kerana ia menjana lebih 4.4 peratus pelepasan iklim bersih.

“Meskipun perkhidmatan kesihatan penting untuk mengekalkan kesihatan awam, ia menggunakan sejumlah besar tenaga dan air, serta menjana sisa dan pencemaran.

“Ini merupakan masalah yang pemimpin dan pentadbir penjagaan kesihatan sedang aktif dan (cuba) tangani segera,” ujarnya.

Beliau menyatakan bahawa perubahan suhu sejagat dan corak cuaca telah menyaksikan peningkatan penyakit berkaitan haba dan penyakit bawaan vektor – termasuk denggi.

Ini juga merupakan satu cabaran bagi Singapura, tambahnya, sambil berkata Singapura sebagai sebuah negara bandar pulau yang kecil dan rendah terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Justeru, tindakan kolektif diperlukan untuk melindungi Singapura daripada kesan perubahan iklim dan menyumbang kepada usaha sejagat bagi mengurangkan pelepasan karbon.

“Apa yang baik untuk alam sekitar adalah baik untuk kesihatan,” tegasnya.

Dr Khor berkata institusi penjagaan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal terkenal dengan penggunaan tenaga yang tinggi disebabkan operasi berterusan, penggunaan peralatan khusus serta piawaian alam sekitar yang ketat.

Pergantungan terhadap tenaga ini, terutama jika diperoleh daripada bahan api fosil, membawa kepada pelepasan gas rumah hijau yang banyak.

Sejajar dengan itu, penggunaan air yang banyak dalam sektor penjagaan kesihatan untuk penjagaan pesakit, sanitasi, dan prosedur perubatan meningkatkan lagi penggunaan tenaga dan pelepasan gas hijau ini.

Selain itu, kemudahan penjagaan kesihatan yang lebih lama, dengan prasarananya yang kurang cekap, serta pengurusan sisa penjagaan kesihatan menyumbang dengan ketara kepada kesan alam sekitar sektor tersebut.

Dr Khor menekankan perlunya perubahan pemikiran asas, mengiktiraf kesalinghubungan kesihatan bumi dan kesejahteraan masyarakat.

“Sektor penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan ini, baik sebagai sektor yang terjejas dan sebagai penyumbang utama kepada perubahan iklim.

“Inisiatif untuk mencapai kemampanan dalam penjagaan kesihatan termasuk mempunyai kemudahan cekap tenaga dan air, pengurangan sisa, sumber bekalan yang mampan, dan mempromosi penjagaan kesihatan pencegahan bagi mengurangkan kos penjagaan kesihatan jangka panjang dan beban alam sekitar,” tambahnya.

Beliau memuji usaha institusi seperti Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan kelompok penjagaan kesihatan lain di atas komitmen mereka ke arah amalan mampan.

Dr Khor percaya bahawa sektor penjagaan kesihatan boleh menjadi peneraju masyarakat dalam tindakan iklim.


Beliau berkata: “Dengan menilai semula dan menentukur semula cara perkhidmatan penjagaan kesihatan disediakan, dan melalui kerjasama berterusan dengan pihak berkepentingan dan komitmen yang teguh untuk memacu perubahan positif, kami boleh merintis penyelesaian yang bukan sahaja meningkatkan hasil terhadap pesakit malah meningkatkan kelestarian alam sekitar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >