Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak anda peminat Pokemon atau buku ‘Timmy And Tammy’?

Sep 23, 2024 | 3:57 PM
Pemain semasa Kejohanan Singapura Cabaran Tertinggi Pokemon Ga-Ole 2023 di pusat beli-belah Kallang Wave Mall.
Pemain semasa Kejohanan Singapura Cabaran Tertinggi Pokemon Ga-Ole 2023 di pusat beli-belah Kallang Wave Mall. - Foto EVO AMUSEMENT

Jadikan masa keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut.

Stesen Pokemon Ga-Ole di Suntec City

Peminat Pokemon Ga-Ole boleh menjangkakan tempat baru untuk bermain permainan itu.

Evo Amusement akan melancarkan Stesen Pokemon Ga-Ole terbesarnya pada 28 September di tingkat tiga Suntec City.

Ruang yang akan menempatkan 12 mesin arked itu adalah ruang ketiga oleh pengendali permainan tersebut.

Dua lagi ruang terletak di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan FairPrice Xtra Parkway Parade.

Permainan itu terus popular dalam kalangan golongan muda dan mereka yang berjiwa muda sejak kemunculannya di Singapura pada 2021.

Anda mungkin pernah melihat mesin tersebut di pusat beli-belah berhampiran dan mendengar bunyi dari mesin itu.

Pemain sering menekan konsol sedang mereka menyerang dan cuba menangkap Pokemon.

Mereka juga berpeluang membawa pulang cakera permainan baru untuk ditambahkan kepada koleksi mereka.

Dari 28 September hingga 6 Oktober, hadiah, seperti cakera khas, akan diberikan di stesen Suntec City. Setiap permainan berharga $2.

Ulang tahun ke-10 siri buku ‘Timmy And Tammy’

Kesemua 33 tajuk dalam siri buku bergambar tempatan, ‘Timmy And Tammy’, dengan ilustrasi yang dikemas kini dan tiga cerita baru akan dikeluarkan secara berperingkat mulai September.
Kesemua 33 tajuk dalam siri buku bergambar tempatan, ‘Timmy And Tammy’, dengan ilustrasi yang dikemas kini dan tiga cerita baru akan dikeluarkan secara berperingkat mulai September. - Foto ST

Siri buku bergambar tempatan, Timmy And Tammy, sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dengan berwajah baru.

Kesemua 33 tajuk dengan ilustrasi yang dikemas kini dan tiga cerita baru akan dikeluarkan secara berperingkat mulai September.

Menurut pengarang, Ruth Wan-Lau, lebih 400,000 buku telah dijual.

Siri itu juga telah meraih banyak pencapaian.

“Saya pastinya berbesar hati dan berasa rendah hati apabila buku saya dipilih untuk diberikan kepada semua bayi warga Singapura semasa Singapura meraikan SG50, pada 2015,” kata Wan-Lau, 48 tahun, kini penerbit di World Scientific Education.

Pada 2015, buku-buku beliau turut dihadiahkan kepada Puteri Charlotte, anak pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton, oleh Presiden Tony Tan ketika itu.

Ia merupakan sebahagian daripada hadiah Singapura untuk memperingati kelahiran diraja itu.

Semua cerita Timmy And Tammy, seperti On The MRT dan Learning About Road Safety, adalah berdasarkan pengalaman tiga anak Wan-Lau.

Mereka kini berusia 19 tahun, 17 tahun dan 14 tahun.

“Salah satu tema utama ialah kanak-kanak menikmati kegiatan bersiar-siar yang ringkas. Sehari di taman permainan boleh bertukar menjadi kegiatan yang paling menyeronokkan,” katanya.

Ilustrasi dalam buku itu telah dihasilkan semula oleh pengilustrasi asal siri tersebut, Eliz Ong, 45 tahun, untuk mencerminkan perubahan dalam mercu tanda yang dipaparkan.

Contohnya, dalam buku, Timmy And Tammy At The Botanic Gardens yang disemak semula, beliau sertakan Learning Forest dan Como Adventure Grove yang dibuka beberapa tahun lalu.

Setiap buku disertakan dengan saranan tahap bacaan.

Dapatkan buku itu pada $8.90 setiap satu di kedai buku utama dan dalam talian di Shopee di bit.ly/TimmyandTammy-Set1.

Filem ‘Inside Out 2’

Filem, ‘Inside Out 2’, membantu penonton memahami tentang otak remaja yang rumit.
Filem, ‘Inside Out 2’, membantu penonton memahami tentang otak remaja yang rumit. - Foto PIXAR

Filem animasi, Inside Out 2, yang ditayangkan di pawagam pada Jun, akan disiarkan di Disney+ mulai 25 September.

Dalam filem susulan, Inside Out (2015), oleh Disney dan Pixar ini, Riley Andersen, kini berusia 13 tahun, sedang mengharungi zaman remaja yang bergelora.

Dia mempunyai watak emosi baru dalam kepalanya iaitu Kebimbangan, Dengki, Kebosanan dan Malu yang bersaing dengan watak yang lebih lama iaitu Kegembiraan, Kemarahan dan Kesedihan.

Emosi baru itu menyebabkan perubahan dalam mood Riley, menjejaskan hubungannya dengan ibu bapanya dan rakan-rakannya.

Selain hiburan, filem ini membantu anda memperoleh pemahaman tentang otak remaja yang rumit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg