Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anak banduan naik kereta klasik sebagai ‘upah’ bikin 300 botol biskut Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak banduan naik kereta klasik sebagai ‘upah’ bikin 300 botol biskut Raya

Mar 31, 2024 | 01:58 PM



Sebanyak 13 keluarga dalam naungan Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) diberi peluang menaiki kereta klasik ihsan kumpulan Classic Car Club Singapore sebagai sebahagian daripada usahanya menyokong Projek Pelita Hati anjuran HGEF pada 30 Mac.

Keluarga sedemikian dibawa menaiki kereta klasik seperti Mini dan Alfa Romeo, antara lain, dari lokasi acara di Pusat Pengalaman dan Hab Inovasi Global Sats di The Arts House ke rumah masing-masing.

Ini kali pertama kumpulan peminat kereta klasik itu bekerjasama dengan HGEF bagi memberi pengalaman berharga kepada keluarga banduan, khususnya anak mereka, jelas Presiden kelab itu, Encik Kumar Balasingam.

Beliau berkata: “Di samping memberikan senyuman kepada kanak-kanak keluarga ini, kami ingin mengajar generasi lebih muda tentang nilai barangan lama (seperti kereta klasik).

“Kereta klasik memerlukan penyelenggaraan dan kesabaran untuk mengendalikannya, memandangkan ia kenderaan lama. Falsafah sedemikian dapat diguna pakai dalam jalinan hubungan kekeluargaan kerana ia perlu diselenggara dan diberi penghargaan.”

Ini merupakan edisi keenam Projek Pelita Hati sejak dimulakan pada 2018 dan ia dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Diadakan setahun sekali, acara itu hasil kerjasama HGEF dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi menyinari sambutan Hari Raya Aidilfitri pesalah dan keluarga mereka.

Bercakap kepada pihak media selepas acara, Dr Faishal menjelaskan:

“Salah satu matlamat sokongan (yang diberikan) kepada banduan dan keluarga mereka adalah dari segi membangunkan tabiat untuk berdikari… iaitu selain mendapat habuan atau kemahiran, ada juga pesanan yang disampaikan bagi mereka untuk catat pembangunan diri sendiri.”

Hal sedemikian turut dikongsi Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun.

Beliau berkata sejajar dengan usaha membangunkan tabiat berdikari, HGEF akan berusaha membimbing anak ini supaya dapat keluar daripada pola pemikiran ‘mangsa keadaan’.

“Anak-anak ini membesar dengan melihat ibu bapa dan keluarga mereka sentiasa meminta-minta bantuan. Justeru itu, HGEF ingin menunjukkan kepada anak-anak ini bahwa hanya dengan memberikan sumbangan tenaga dalam membantu orang lain, barulah mereka dapat memperkasa diri mereka sendiri,” ujarnya.

Ini setelah 12 cef daripada Sats dan Persatuan Cef Singapura memberi tunjuk ajar kepada 22 keluarga yang hadir cara mengadun, membakar dan membungkus 300 botol biskut Raya.

Biskut hasil air tangan mereka itu kemudian disalurkan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Menurut Pengarah Urusan Montreux Patisserie Pte Ltd, Encik Lee Chit Shung, biskut yang dibuat ada tiga perisa iaitu makadamia kelapa, daun kari dan cip coklat.

Beliau menaja bahan, botol dan pelekat yang diperlukan bagi biskut tersebut, yang menelan belanja sekitar $2,000.

Sebagai sebahagian inisiatif itu, kanak-kanak yang hadir menerima kad Hari Raya yang ditulis sendiri oleh ibu bapa mereka yang masih dalam tahanan.

Keluarga yang hadir juga menerima baucar NTUC bernilai $100 bagi setiap keluarga dan setiap kanak-kanak pula mendapat duit Raya sebanyak $100 hasil sumbangan rakan-rakan HGEF.

Cik Haslinda berkata pihaknya juga menyediakan relawan bagi menghantar kuih dan beberapa habuan kepada mereka yang tidak dapat hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >