Ang Yiting dilantik editor baru Lianhe Zaobao mulai Mei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ang Yiting dilantik editor baru Lianhe Zaobao mulai Mei

Feb 27, 2026 | 7:58 PM

Ang Yiting dilantik editor baru Lianhe Zaobao mulai Mei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SPH Media, Lianhe Zaobao, Cik Ang Yiting, editor
Editor Bersekutu, Lianhe Zaobao, Cik Ang Yiting, akan menggantikan Encik Goh Sin Teck, selaku editor akhbar Cina SPH Media itu pada 5 Mei 2026. - Foto SPH MEDIA

Akhbar harian Cina di bawah SPH Media, Lianhe Zaobao, bakal menyaksikan peralihan kepimpinan dengan editornya, Encik Goh Sin Teck, bakal bersara pada Mei 2026 selepas menerajui bilik berita tersebut selama 14 tahun.

Beliau akan digantikan oleh Cik Ang Yiting, yang kini merupakan editor bersekutu.

Pelantikan Cik Ang, 45 tahun, sebagai editor baru akan berkuat kuasa pada 5 Mei 2026.

Cik Ang tidak asing dalam dunia kewartawanan, dengan pengalaman kerjaya lebih 20 tahun merangkumi platform televisyen dan akhbar cetak serta digital.

Sebagai pemegang biasiswa SPH, beliau memulakan kerjaya di Channel U News sebelum berkhidmat di akhbar Lianhe Wanbao, My Paper, dan Lianhe Zaobao.

Beliau merupakan antara penggerak utama di sebalik transformasi digital Zaobao.

Dalam satu kenyataan SPH Media pada 27 Februari, Cik Ang melahirkan rasa rendah diri dan tekad untuk memikul tanggungjawab besar sebagai editor Zaobao.

Lianhe Zaobao menghadapi pelbagai cabaran, namun ia juga memiliki kekuatan yang mampan.

“Terdapat kelemahan yang harus kita hadapi dengan jujur dan penuh tekad, tanpa sesekali mengambil mudah kekuatan teras yang kita miliki.

“Daripada permulaannya sebagai sebuah akhbar sehingga evolusinya menjadi platform yang pelbagai dan multimedia yang melangkaui media cetak, saya dan rakan-rakan setugas berasa amat bertuah dapat berdiri di atas asas kukuh yang telah dibina oleh generasi editor dan wartawan terdahulu.

“Dalam dunia yang kompleks dan serba pantas berubah ini, kami memikul amanah ini dengan komitmen untuk berjalan seiring dengan audiens kami, bagi memastikan mereka terus menemui nilai dan makna dalam membaca, menonton, mendengar, serta berinteraksi dengan Zaobao,” kata beliau.

Encik Goh, 63 tahun, yang menerajui akhbar itu sebagai editor sejak 2011, disifatkan sebagai pemimpin yang berjaya membawa Zaobao mengharungi perubahan teknologi.

Di bawah kepimpinan beliau, akhbar tersebut berubah daripada akhbar cetak kepada entiti multimedia yang merangkumi digital, media sosial dan akhbar.

Encik Goh akan memegang peranan sebagai Penasihat Editorial Kanan bagi Lianhe Zaobao selepas melepaskan jawatan editor.

Melahirkan keyakinannya terhadap pengganti beliau, Encik Goh berkata:

“Tugas saya di sini hampir tamat, tetapi perjalanan Zaobao masih panjang dan penuh harapan. Saya yakin Yiting dan pasukannya akan terus memacu penerbitan ini dengan pembaharuan dan keazaman.”

Ketua Editor Kumpulan Media Cina, SPH Media, Cik Lee Huay Leng, mengucapkan terima kasih kepada Encik Goh atas bimbingannya kepada generasi muda.

“Usaha ini bukan sekadar kerja biasa, tetapi satu tanggungjawab budaya yang sangat rapat dengan negara kita.

“Kami akan buat yang terbaik untuk melindunginya, memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar, dan memastikan misi ini terus disambung dari satu generasi ke generasi seterusnya.

“Saya berharap semua akan memberikan sokongan penuh kepada Yiting dan generasi pemimpinnya,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg