Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Anggota bomba lawan api selama 3 jam di Kranji

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota bomba lawan api selama 3 jam di Kranji

Mar 28, 2024 | 06:28 PM



Anggota bomba mengambil masa tiga jam untuk memadamkan satu kebakaran pada awal pagi 28 Mac di premis sebuah syarikat kitar semula dan pengurusan sisa di Kranji.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan di Facebook bahawa ia menyahut panggilan mengenai satu kebakaran di 11 Kranji Crescent sekitar 2.25 pagi, dan mengerahkan 10 kenderaan kecemasan dan sekitar 50 kakitangan.

Apabila SCDF tiba di tempat kejadian yang dihuni syarikat Wah dan Hua, api telah membakar bahan buangan di kawasan pemprosesan seluas sekitar 400 meter persegi milik syarikat tersebut – lebih kecil sedikit daripada gelanggang bola keranjang.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan 25 orang telah mengosongkan premis tersebut sebelum ketibaan SCDF, lapor The Straits Times (ST)


Menurut SCDF, pada kemuncak operasi tersebut, sebanyak empat jet air, dua jet buih dan sebuah jentera pemadam api tanpa pemandu dikerahkan untuk memadamkan api tersebut.

Anggota bomba turut melembapkan kawasan yang terjejas dengan air untuk mengelakkan api menyala semula dari permukaan yang panas.

Punca kebakaran masih disiasat.

Pada 2018, anggota bomba turut memadamkan satu kebakaran yang memusnahkan gudang syarikat tersebut.

Pada masa itu, sebanyak 16 peralatan memadam api dan kenderaan sokongan serta 70 kakitangan, dikerahkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >