Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kebakaran libatkan peranti mobiliti aktif naik semula: SCDF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran libatkan peranti mobiliti aktif naik semula: SCDF

Feb 21, 2024 | 04:20 PM



Lebih banyak kebakaran melibatkan peranti mobiliti aktif (AMD) berlaku pada 2023 berbanding 2022, menandakan kebangkitan semula kebakaran sedemikian selepas tiga tahun.

Kebakaran itu – melibatkan peranti mobiliti peribadi, basikal menggunakan kuasa (PAB) dan bantuan mobiliti peribadi – naik 31 peratus kepada 55 kes pada 2023, daripada 42 kebakaran pada 2022.

Pada Jun 2023, seorang remaja 17 tahun meninggal dunia dalam kes kebakaran di sebuah flat di Yishun berpunca daripada Alat Mobiliti Peribadi (PMD). 

Angka terkini itu mengakhiri trend kemerosotan kebakaran melibatkan AMD yang mencatat penurunan secara berterusan dari 2019 hingga 2022.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), semasa membentangkan laporan perangkaan tahunan pada 21 Februari, berkata kebakaran sedemikian menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan awam dan harta benda.

Ia berkata: “Orang awam diingatkan supaya kekal berwaspada apabila mengendalikan AMD mereka kerana kebakaran ini boleh menyebabkan kecederaan serius dan kerosakan harta benda.”

Penolong Pesuruhjaya (AC) Michael Chua, pengarah jabatan operasi SCDF, semasa taklimat media SCDF, berkata bahawa kebakaran sedemikian berterusan walaupun terdapat langkah pengawalseliaan.

“Beberapa (kebakaran) disebabkan pengguna mengubah bateri kerana mereka menggunakan PMD untuk membuat penghantaran… kebanyakan mereka telah mengubahnya untuk meningkatkan tempoh dan penggunaan bateri ini,” kata AC Chua.

Terdapat lebih banyak kebakaran pada 2023 dengan 1,954 kes secara keseluruhan, iaitu kenaikan 8.6 peratus daripada 1,799 kes pada 2022.

Dua punca utama adalah kebakaran elektrik dan memasak tanpa pengawasan, masing-masing mempunyai 597 dan 456 kes.

Majoriti kebakaran AMD – sejenis kebakaran elektrik – berlaku di rumah, dengan 35 kes pada 2023. 

Pada 28 Oktober tahun itu, tiga penduduk dan seorang anggota bomba dikejarkan ke hospital selepas kebakaran berlaku di flat HDB di Blok 326A Sumang Walk di Punggol, yang kemungkinan besar berlaku disebabkan pek bateri PAB yang sedang dicas di ruang tamu, kata SCDF pada ketika itu.

Pada 21 Februari, SCDF berkata ia akan terus menyebarkan nasihat keselamatan mengenai kebakaran AMD kepada orang ramai. Nasihat itu termasuk tidak membiarkan bateri dicas semalaman dan jangan membeli bateri bukan asli.

Sementara itu, kecederaan akibat kebakaran merosot daripada 171 kepada 81, dan jumlah kes kematian juga mencatat penurunan daripada lapan kepada tiga kes dari 2022 hingga 2023.

Dua lagi kebakaran yang meragut nyawa turut berlaku di flat.

Pada Jun 2023, seorang lelaki 79 tahun maut selepas kebakaran berlaku di flat Bukit Batok melibatkan sofa di ruang tamu. Kebakaran berpunca daripada bahan yang dinyalakan di ruang tamu, kata SCDF.

Pada Julai 2023, seorang lelaki berusia 80-an tahun meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital akibat kebakaran di flatnya di Blok 34 Cassia Crescent di Geylang. Kebakaran berpunca daripada soket elektrik di dapur, kata SCDF.

Bilangan orang yang cedera akibat kebakaran berkurang antara lain kerana takrifan kecederaan kebakaran telah diubah – daripada orang yang dirawat oleh paramedik di tempat kejadian kepada hanya orang yang dibawa ke hospital oleh SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >