Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Anjur pelbagai acara sambut Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID JAMAE CHULIA

Anjur pelbagai acara sambut Ramadan

Masjid Jamae Chulia galak semangat berwakaf;
sokong dana peningkatan
Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Dengan kedatangan Ramadan ini, Masjid Jamae Chulia terus gigih mengumpul dana bagi program berbuka puasa dan sahur serta kerja peningkatan yang baru berakhir ini.

Lazimnya sepanjang Ramadan, Masjid Jamae Chulia perlu membelanjakan sehingga $6,500 sehari. Ini bagi menampung sajian untuk berbuka puasa dan sahur serta persediaan sehingga 1,300 bungkusan bubur masjid yang diagihkan secara percuma setiap hari.

Pungutan derma untuk peningkatan masjid pula masih berkurangan sehingga hari ini. Oleh itu, pihak masjid terus melaksanakan pelbagai program serta kegiatan, dan pungutan derma sepanjang waktu ini.

Kerja peningkatan masjid ini menelan sehingga $3 juta dan jumlah derma yang terkumpul sejauh ini hanya mencapai $1.66 juta.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu pusat ibadah tertua di Singapura dan kelangsungan serta kepentingan untuk menjaganya menjadi kepentingan bersama.

Antara daya usaha masjid ini adalah dengan menerapkan semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di sini. Antara program wakaf yang disediakan adalah wakaf bagi kamera litar tertutup (CCTV), wakaf ruang serbaguna, wakaf bagi keperluan bilik darjah dan pelbagai lagi. Setiap wakaf yang diikrarkan bermula daripada $100 setiap satu.

Beliau turut menjelaskan, berwakaf bukan hanya menggunakan harta kita semata-mata, namun ia juga melibatkan semangat sukarela yang utuh demi terus membantu dan mewujudkan suasana dan ruang ibadah yang sempurna untuk kita bersama.

“Dalam usaha kami untuk mencapai dana bagi projek peningkatan ini, semangat berwakaf kami galakkan dalam kalangan kita. Matlamat kami agar masjid ini akan terus berada dalam keadaan yang baik demi keselesaan masyarakat Islam di negara ini”, jelas Encik Rasheed Zaman.

KEGIATAN RAMADAN

Selain mengadakan acara berbuka puasa dengan jemaah serta sembahyang tarawih, Masjid Jamae Chulia juga bakal mengadakan acara Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan. Acara sahur pula akan diadakan pada 10 terakhir Ramadan disertakan dengan qiamullail (beribadah sepanjang malam).


“Pada Ramadan 2024, kami menjangkakan sehingga 750 jemaah hadir untuk beriftar beramai-ramai. Ini berbeza daripada 2023 kerana masjid ketika itu masih lagi menjalani kerja peningkatan, kami hanya mengehadkan kepada 350 jemaah sahaja. Pada tahun ini, kami akan menyediakan sahur, pada 10 terakhir Ramadan disusuli dengan kegiatan qiamullail. Perbelanjaan untuk bubur masjid sahaja sudah pun mencecah $1,600 sehari.


“Jadi, ini menunjukkan peningkatan jemaah lebih seganda berbanding sebelumnya, dan perbelanjaan yang kami perlu tanggung juga pasti meningkat. Justeru, Masjid Jamae Chulia amat mengharapkan sokongan ramai, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.

“Kami masih lagi memerlukan $1.34 juta untuk melengkapkan dana bagi kerja peningkatan yang baru berakhir ini,” tambah Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan ikhlas kepada Masjid Jamae Chulia boleh dilakukan melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Kiriman cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan dihantar melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Sila imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >