Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anjur program Ihsan Ramadan di Palestin, Indonesia dan Kemboja

Feb 21, 2025 | 5:30 AM
Foto ini dirakam pada Disember 2024 sempena agihan Al-Quran dan juga pemberian hadiah kepada golongan mualaf di Bali, Indonesia. Di bahagian belakang bersama mereka ialah Presiden IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen (berkopiah).
Foto ini dirakam pada Disember 2024 sempena agihan Al-Quran dan juga pemberian hadiah kepada golongan mualaf di Bali, Indonesia. Di bahagian belakang bersama mereka ialah Presiden IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen (berkopiah). - Foto IBADAHSG PTE LTD

Menjelang Ramadan ini, IbadahSG kembali melaksanakan program murninya, Ihsan Ramadan, bagi menanam sifat ihsan dalam muamalah, atau pergaulan yang elok, dalam kita bermasyarakat.

Dengan kegiatan sebegini, harapan mereka mahu membangkitkan lagi semangat juang dalam fastabiqul khairat, atau berlumba-lumba dalam kebaikan kepada sesama Islam.

Menurut Presiden IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen, Ihsan Ramadan akan diluaskan ke beberapa negara yang memerlukan seperti Palestin, Indonesia dan Kemboja.

“Ramadan merupakan bulan yang suci. Dalamnya terkandung banyak kebaikan, salah satunya adalah dengan melakukan amalan mulia secara berterusan.

“Langkah-langkah ini dilakukan demi membentuk sifat empati, sekali gus meringankan beban dan kesulitan saudara Islam kita di sana. Pada saat ini, ramai rakyat Palestin yang memerlukan bantuan kemanusiaan, khususnya kaum wanita, anak-anak kecil dan orang tua yang mengalami kemelut keperluan harian.

“Mereka memerlukan bantuan air bersih dan makanan. Dengan ini, IbadahSG mengajak seluruh lapisan masyarakat agar berihsan kepada saudara Islam kita di Palestin. IbadahSG membuka peluang kepada masyarakat di sini untuk membantu rakyat Palestin yang terus dihimpit dengan pelbagai cabaran dan dugaan ini,” ujar Ustaz Firdaus.

Ustaz Firdaus berkata bagi tahun 2025, program Ihsan Ramadan menyasarkan juga kepada masyarakat mualaf Indonesia atau mereka yang baru memeluk agama Islam.

“Program ini diperuntukkan dalam meningkatkan ukhuwah Islamiyah (jalinan persaudaraan). Golongan mualaf di sana, akan diberikan kain sarung dan sejadah.

“Di samping itu, IbadahSG turut menyediakan juadah untuk iftar/berbuka puasa, dan membantu serta memberikan sokongan moral kepada yang memerlukan. Program ini dijalankan di daerah Jawa Timur, Jawa Tengah, Jawa Barat dan Bali. Ini kerana warga Islam di kawasan ini mempunyai tahap kemiskinannya yang cukup tinggi,” jelas Ustaz Firdaus.

Bagi program Ihsan Ramadan di Kemboja pula, masyarakat Muslim di sana sedang memerlukan bantuan dalam membangun ruang untuk bersolat atau musala dan membina rumah untuk fakir miskin.

“Di Kemboja, program Ihsan Ramadan akan menghulurkan bantuan bagi pembangunan musala dan rumah bagi keluarga fakir miskin dan daif ini,” tambah Ustaz Firdaus.

Selain itu, program Ihsan Ramadan yang terakhir adalah penyediaan khidmat badal haji dan umrah pada bulan Ramadan ini.

Bagi anda yang ingin menunaikan ibadah badal haji dan umrah untuk keluarga tersayang, khasnya pada bulan Ramadan ini, terdapat harga promosi istimewa pada $1,620.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi IbadahSG di talian berikut: Ustazah Mariah (8339-3012), Ustaz Syamil (8322-0460) dan Encik Mohd Noh (8399-7390).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg