Menyaksikan sendiri kemiskinan dan kesengsaraan hidup masyarakat yang diziarahi semasa melakukan ibadah korban telah mendorong, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, menceburi bidang penternakan bagi membantu meringankan beban hidup mereka.
Presiden IbadahSg Pte Ltd itu, memiliki ladang kambing sendiri di Indonesia bagi persiapan ibadah korban kambing dan lembu di sana.
Dengan adanya ladang kambing di sana, masyarakat di sekitar dapat juga bekerja dan menampung kehidupan keluarga mereka.
Beliau membantu masyarakat beragama Islam dengan memberikan daging korban, beras dan juga mendapat bantuan seperti ‘sembako’, atau makanan asas, di beberapa kampung atau desa pedalaman.
“Pertimbangan utama kami ialah kemiskinan dan kedaifan hidup. Kami melihat bantuan ini adalah untuk semua kerana Nabi saw diutuskan untuk membawa rahmat bagi sekalian alam,” jelasnya yang sudah hampir 19 tahun melaksanakan khidmat korban.
Berkongsi pengalamannya, beliau berkata usahanya mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat setempat.
“Bidang yang diceburi itu tidak mudah kerana perlu memastikan prosesnya, termasuk pembelian dan kesihatan kambing bagi memenuhi syarat sah sembelih dipenuhi,” kongsi pendakwah bebas, pengusaha dan pakar motivasi itu yang memiliki ijazah dari Universiti Al-Azhar.
“Program ibadah korban melibatkan ratusan ribu dolar dan pengelolaannya memerlukan sifat amanah dan jujur. Jika tidak, penipuan boleh berlaku,” tambahnya yang juga memiliki Sarjana Syariah dari Universiti Darul Ulum Jombang, Jawa Timur, Indonesia, dan telah menamatkan kursus sarjana di Universiti Malaya, Malaysia.
Ustaz Mohamed Firdaus mengesyorkan beberapa langkah bagi memastikan amanah itu terjaga seperti mengambil gambar sebelum dan sesudah korban itu dilakukan, merakam proses korban dan menyediakan sijil korban.
Malah dalam khidmatnya, para penyembelih mempunyai sijil daripada Majlis Ugama Indonesia (MUI) dan pasukan terlibat dalam proses penyembelihan itu sudah terlatih.
Pada 2024, IbadahSg menawarkan dua kambing korban dengan harga promosi $320 dan tiga kambing korban dengan harga $459 selagi bekalan masih ada.
Sebagai tambahan, bagi yang menempah kambing korban sebanyak 10 ekor, IbadahSg akan menghadiahkan lima liter air zamzam.
Jika berminat untuk melaksanakan ibadah korban bersama IbadahSg, sila hubungi Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460; Ustazah Mariah Masruhen di talian 8339-3012; atau Encik Mohd Noh di talian 8399-7390.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg