Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP di pagi Aidilfitri

Apr 1, 2025 | 4:43 PM
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (kanan) melaksanakan solat sunat Aidilfitri di Masjid An-Nur untuk bertemu dan bermesra bersama masyarakat Islam di Marsiling.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (kanan) melaksanakan solat sunat Aidilfitri di Masjid An-Nur untuk bertemu dan bermesra bersama masyarakat Islam di Marsiling. - Foto FACEBOOK ZAQY MOHAMAD

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 dimeriahkan Anggota Parlimen (AP) di serata Singapura, yang turut berkongsi pengalaman mereka meraikannya pada pagi Hari Raya.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad telah melaksanakan solat sunat Aidilfitri di Masjid An-Nur dan bertemu dengan masyarakat Islam di kawasan Marsiling

Beliau turut menghulurkan sampul wang kepada beberapa anggota jemaah di situ.

Berkongsi di Facebook, Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam telah menyatakan rasa kesyukuran kerana dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan rasa selamat di Singapura.

Beliau turut menasihati masyarakat agar mengingati dan berdoa untuk mereka di luar negara yang sedang menghadapi kesusahan.

Bertemu dengan anggota Unit Taktikal Polis (PTU) dan Unit Menyelamat dan Taktik Khas (Star) di Pangkalan Pasukan Operasi Khas (SOC), Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim telah menunjukkan penghargaan kepada pegawai SOC dan para pegawai yang berusaha untuk memastikan keselamatan Singapura pada Hari Raya Aidilfitri.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman pula telah memuatnaikkan gambar bersama isterinya, Cik Sadiah Shahal, dan berkongsi puisi yang ditulis khas untuk isterinya, sesuatu yang diamalkannya setiap tahun.

Di kawasan Bedok pula, Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh dan AP GRC Aljunied, Encik Muhammad Faisal Abdul Manap hadir di Masjid Alkaff Kampung Melayu pada pagi Hari Raya semasa solat sunat Aidilfitri, untuk bertemu dan beramah mesra bersama jemaah di situ serta pegawai masjid.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg