Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP GRC Pasir Ris-Punggol sertai buka puasa di Masjid Al Islah

Mar 13, 2025 | 3:46 PM
Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling (dua dari kiri), dan AP SMC Punggol West, Cik Sun Xueling (tiga dari kiri), menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al Islah pada 10 Mac.
Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling (dua dari kiri), dan AP SMC Punggol West, Cik Sun Xueling (tiga dari kiri), menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al Islah pada 10 Mac. - Foto FACEBOOK SUN XUELING

Pada 10 Mac, Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol telah berbuka puasa di Masjid Al Islah di Punggol bersama penduduk kawasan itu.

AP yang terdiri daripada Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean; Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Encik Janil Puthucheary; Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri), Encik Desmond Tan; Cik Yeo Wan Ling dan Encik Sharael Taha, hadir di acara tersebut bersama sukarelawan dari Sekolah Menengah Nan Chiau.

GRC tersebut merupakan salah satu GRC yang terkesan oleh perubahan sempadan pilihan raya baru-baru ini.

Punggol kini dijadikan sebuah GRC sendiri, manakala Pasir Ris digabungkan dengan estet Loyang dan Flora untuk membentuk GRC Pasir Ris-Changi.

AP SMC Punggol West, yang juga Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, turut memberikan penghargaan kepada Masjid Al-Islah dalam menganjurkan buka puasa itu, di Facebook-nya pada 10 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg