Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP sarapan bersama pekerja di Depoh Loyang

May 29, 2025 | 5:18 PM
Sharael Taha, Desmond Tan, NTUC, Depoh Bas Loyang, NTWU
Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha (berdiri, dua dari kanan), menekankan kepentingan kebajikan pekerja dalam sektor pengangkutan semasa lawatan ke Depoh Bas Loyang pada 29 Mei. Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri) yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan (berdiri, lima dari kiri). - Foto FACEBOOK SHARAEL TAHA

Kebajikan pekerja dalam sektor pengangkutan merupakan satu kepentingan dan perlu dijaga dengan baik.

Ini memandangkan kapten bas dan pekerja pengangkutan, dengan usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah, mahu memastikan Singapura sentiasa bergerak lancar agar orang lain dapat memulakan kehidupan seharian mereka tepat pada masanya.

Demikian ditekankan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha, dalam satu hantaran Facebook setelah melawat Depoh Bas Loyang pada 29 Mei, di mana beliau turut menyentuh tentang beberapa inisiatif Kesatuan Sekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU).

Turut menyertai lawatan ke depoh tersebut ialah Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri), yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Desmond Tan.

Encik Sharael menjelaskan dalam hantarannya bahawa beliau dan Encik Tan tiba seawal 4.30 pagi untuk minum kopi dan bersarapan ringan bersama pekerja di depoh itu.

“Saya suka melihat bas kafe NTWU beroperasi – ia merupakan satu inisiatif yang dimulakan beberapa tahun lalu untuk mewujudkan suasana mesra, sokongan dan senyuman di bibir pekerja kita yang memulakan syif mereka pada awal pagi.

“NTWU juga mengendalikan kantin depoh bagi memastikan pekerja kita mempunyai ruang untuk berehat, menyegarkan diri mereka semula, dan mengisi minyak,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg