Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa kata pemimpin mengenai format kompak akhbar BH

Nov 8, 2025 | 7:09 PM
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan).
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan). - Foto fail

“Saya mengalu-alukan rancangan transformasi BH yang akan merangkumi wajah barunya pada tahun depan (2026). Dengan saiz lebih padat dan praktikal, serta yang lebih penting, pilihan untuk membaca berita dalam bentuk cetak dan digital, BH berharap dapat menawarkan khidmat dengan lebih baik kepada pembaca sedia ada dan pada masa yang sama, menarik pembaca baru, khususnya daripada generasi muda. Saya mengalu-alukan pendekatan baru BH. Sambil mereka terus berkembang dan mempertingkatkan tawaran khidmat bagi memenuhi keperluan masyarakat, BH akan kekal teguh pada nilai teras sebagai sumber berita dan pandangan yang diyakini. Selamat maju jaya BH!
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

“BH sentiasa menjadi sumber berita dan inspirasi bagi masyarakat Melayu. Di Anugerah Jauhari BH, saya bangga melihat kejayaan mereka yang mengangkat martabat masyarakat kita. BH kini berwajah baru dengan format padat dan pautan QR yang memudahkan pembaca mengikuti kisah menarik pada bila-bila masa. Saya bangga menyokong BH yang terus kekal relevan, berakar pada nilai budaya, serta menyatukan dan memberi inspirasi kepada kita semua.”
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad. - Foto fail
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg