Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AQ Travel & Tours utamakan kesihatan, keselesaan jemaah

Nov 29, 2025 | 5:30 AM
Foto ini dirakam pada Julai 2023 di lobi Hotel Ghufran Safwah di Makkah, sebelum jemaah AQ Travel & Tours berangkat dan meneruskan perjalanan ke Madinah.
Foto ini dirakam pada Julai 2023 di lobi Hotel Ghufran Safwah di Makkah, sebelum jemaah AQ Travel & Tours berangkat dan meneruskan perjalanan ke Madinah. - Foto AQ TRAVEL & TOURS

AQ Travel & Tours terus memperkukuh dan mempertingkatkan pendekatan dalam menyediakan perkhidmatan haji.

Agensi ini mula beroperasi pada 2016 di bawah Konsortium Haji, sebelum bergerak sebagai agensi haji berdikari pada 2023.

Dengan pengalaman semakin luas, AQ Travel & Tours kini lebih memahami keperluan jemaah secara menyeluruh dan terperinci, sekali gus meningkatkan lagi mutu layanan kepada jemaah.

Pengarah AQ Travel & Tours, Cik Nur-Riny Ashmooni Mohamed Roslan, menjelaskan bahawa suasana haji yang sentiasa berubah menuntut penyesuaian berterusan.

“Keadaan di tanah suci, termasuk cuaca dan pergerakan di Masya’ir, tidak sama setiap musim. Jadi, setiap pakej yang kami sediakan adalah cerminan perubahan ini,” kata Cik Nur-Riny.

Beliau menambah, pakej yang disediakan bukan sekadar memenuhi keperluan asas perjalanan.

“Matlamat kami ialah memastikan jemaah dapat beri tumpuan kepada ibadah. Keselesaan, keselamatan dan aliran pergerakan mereka adalah keutamaan kami,” jelasnya kepada Berita Harian (BH).

AQ Travel & Tours juga memberi tumpuan kepada bimbingan menyeluruh. Ini merangkumi latihan ibadah, taklimat kesihatan dan persediaan menghadapi cuaca panas.

Jemaah turut dibimbing mengenai cara mengurus tenaga semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Pendekatan ini membantu mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan emosi.

Menurut Cik Nur-Riny, hubungan rapat dengan rakan dan pihak berkepentingan di Arab Saudi dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) turut menjadi kelebihan.

“Kami sentiasa mendapatkan maklumat terkini supaya pergerakan dan urusan jemaah dapat diuruskan dengan lancar.

“Dengan pendekatan yang responsif dan mengutamakan kebajikan jemaah, AQ Travel & Tours komited memastikan setiap jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih selesa, selamat dan penuh ketenangan serta sempurna. Insya-Allah,” tambah Cik Nur-Riny.

SEKILAS

* Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 6444-4567 (Pejabat), 8444-4567 (WhatsApp).

* AQ Travel & Tours terletak di 55 Changi Road, Millage Building, #02-26, Singapura (419709).

* Facebook & Instagram syarikat di @aqtravelsg atau lungsuri laman www.aqtravel.com.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg