Ar-Raudhah perkasa perkembangan kanak-kanak tadika masjid

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ar-Raudhah perkasa perkembangan kanak-kanak tadika masjid

Beriltizam lahirkan generasi muda yang seimbang dari segi akademik, keperibadian
Feb 20, 2026 | 5:30 AM

Ar-Raudhah perkasa perkembangan kanak-kanak tadika masjid

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
tadika Masjid Ar-Raudhah
Kanak-kanak di Tadika Masjid Ar-Raudhah didedahkan dengan pendekatan pembelajaran seimbang dan tersusun, merangkumi aspek akademik, sahsiah iaitu keperibadian serta pembangunan rohani bagi membentuk insan yang holistik. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Tadika Masjid Ar-Raudhah telah mengambil satu langkah bermakna dalam memperkukuh penghayatan ilmu Islam dalam kurikulumnya.

Ini selaras dengan komitmennya mahu melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.

Daya usaha ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kefahaman kanak-kanak terhadap ajaran Islam melalui pembelajaran yang bersesuaian dengan peringkat usia, amalan harian serta kegiatan pembinaan sahsiah iaitu keperibadian.

Selain pencapaian akademik, tadika ini juga menekankan pembentukan akhlak, adab dan kecintaan kepada Allah swt sebagai asas dalam perkembangan diri kanak-kanak.

Menurut Pengetua Tadika Masjid Ar-Raudhah, Cik Ruqaiyah Sapuan, sebagai sebahagian daripada usaha itu, unsur Islam diterapkan dengan lebih terancang dalam program serta kegiatan harian kelas.

Sebagai contoh, terdapat program penceritaan, nyanyian serta pembelajaran bertema.

Kanak-kanak dibimbing untuk menghafal doa ringkas, surah pendek, serta memahami nilai murni seperti hormat-menghormati, kasih sayang dan kesyukuran dengan cara yang menarik dan menyeronokkan.

Selain itu, tadika ini turut memperkenalkan sesi khas bernama, ‘Hayya Nata‘allam’, sebagai wadah pembelajaran Islam yang lebih teratur dan menyeluruh.

Melalui sesi ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai modul seperti, Noble Tales of the Prophets (Kisah Mulia Para Nabi); Qiraati (Pembacaan Al-Quran); Basic Arabic (Bahasa Arab Asas); Little Muwahid (Muwahid Cilik); Moral Marvels (Keajaiban Akhlak Mulia); dan Quran ReadVentures (Pengembaraan Membaca Al-Quran); yang disampaikan secara interaktif dan bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Cik Ruqaiyah menjelaskan, ini tidak bermakna aspek akademik lain diabaikan.

“Kami tetap memberi tumpuan kepada mata pelajaran teras dan perkembangan akademik kanak-kanak.

“Namun, sebagai sebuah tadika berasaskan masjid, kami tidak mahu kehilangan identiti dan ‘roh’ pendidikan kami, iaitu memastikan kanak-kanak turut dibimbing dengan asas-asas Islam yang kukuh sejak usia kecil,” ujar beliau.

Cik Ruqaiayh turut menekankan bahawa nilai murni disemai setiap hari di tadika melalui amalan dan rutin harian, bagi membimbing kanak-kanak dengan ajaran yang baik dan berkesan.

“Tadika Masjid Ar-Raudhah menekankan pembelajaran melalui amalan, bukan sekadar teori.

“Kegiatan harian seperti memberi salam, berdoa, dan berbuat baik serta membantu kanak-kanak menghayati nilai-nilai Islam secara semula jadi.

“Pendekatan ini selari dengan visi tadika untuk menyediakan pendidikan menyeluruh, mengimbangi kecemerlangan akademik dengan pembentukan rohani dan akhlak.

“Dengan kurikulum yang memperkukuh penghayatan ilmu Islam, tadika kami berhasrat melahirkan generasi berkeyakinan, berakhlak mulia, dan berteraskan nilai-nilai Islam”, tambah Cik Ruqaiyah.

SEKILAS:

Cara menghulur sumbangan kepada Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama ‘Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah’ dan dikirimkan ke alamat masjid di 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg