Ramadan bukan hanya tentang ibadah peribadi, bahkan peluang memperkukuhkan ukhuwah dan menyatukan ummah dalam semangat kebersamaan.
Dengan semangat keikhlasan dan kasih sayang, Attawasol Insaniy Singapura, sekali lagi melaksanakan projek Bingkisan Ramadan, satu daya usaha yang bukan sekadar sumbangan, malah pengukuhan hubungan sesama Muslim.
Daripada khatam Al-Quran berjemaah hingga tahlil harian di rumah anak-anak yatim dan pesantren, setiap amalan dilakukan dengan harapan dapat mengeratkan hubungan sesama insan, sambil memohon keberkatan daripada Allah swt.
Menurut Pengarah Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, Ramadan adalah bulan yang penuh keberkahan, dan setiap amal ibadah dilipatgandakan pahalanya.
“Ramadan adalah bulan penyatuan.
“Apabila kita bersama-sama menghidupkan malamnya dengan Al-Quran dan berzikir, berdoa untuk mereka yang telah meninggal dunia dan membantu mereka yang kurang berkemampuan, kita bukan sahaja menambah amal sendiri, malah membentuk masyarakat yang lebih berjiwa besar dan penuh kasih sayang,” jelas Ustaz Dr Leyaket Ali.
Setiap tahun, Attawasol Insaniy meneruskan usaha menyebarkan keberkatan Ramadan dengan menyalurkan makanan berbuka puasa kepada masyarakat di Singapura serta anak-anak yatim, pesantren, dan masyarakat luar bandar di Indonesia.
Dengan sokongan ramai, hidangan berbuka dan bersahur yang lebih sihat dan bermutu dapat dinikmati oleh mereka yang berpuasa.
Umat Islam digalakkan agar merebut ganjaran berlipat ganda dalam bulan mulia.
Sebagai tambahan, khidmat khatam Al-Quran individu dan berjemaah disediakan bagi mereka yang ingin mengalunkan kalam suci ini sebagai hadiah kepada arwah tersayang.
Setiap ayat yang dibaca adalah pahala yang berpanjangan buat mereka di alam barzakh.
Tarikh akhir penyertaan ialah 22 Mac 2025 bersamaan 21 Ramadan 1446H, kecuali bagi fidyah, wakaf rumah anak yatim dan badal haji.
“Dalam kehidupan yang serba sibuk ini, Ramadan mengajar kita agar kembali kepada asas, mendekatkan diri kepada Allah swt dan menyantuni sesama insan.
“Mudah-mudahan setiap langkah yang kita ambil dalam bulan ini menjadi bekalan berharga untuk kita di akhirat kelak.
“Ramadan bukan hanya tentang memberi, malah tentang berkongsi kasih sayang dalam bentuk ibadah.
“Mari sama-sama menghidupkan bulan yang penuh rahmat ini dengan amalan yang menyatukan kita sebagai sebuah ummah,” tambah Ustaz Dr Leyaket.
SEKILAS
1. Salurkan sumbangan anda melalui pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 6421-4943-9001; atau PayNow ke UEN: T17LL0787E. Sila WhatsApp nama dan jumlah sumbangan ke talian 9272-9132 setelah membuat pemindahan.
2. Untuk pertanyaan atau khidmat pengambilan sumbangan dari rumah, sila hubungi pejabat syarikat di talian 6344-6334, 8874-8848 atau 9027-3547.
3. Penghantaran cek atas nama, Attawasol Insaniy LLP.
* Tarikh tutup penyertaan pada 22 Mac 2025.
* Attawasol Insaniy Singapura, terletak di 152 Still Road, Singapura 423991.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg