Umat Islam sudah pun berada dalam minggu pertama bulan mulia Ramadan. Bulan yang penuh keberkahan dan menjadi peluang untuk kita meningkatkan amal ibadah dan kebajikan.
Sejak sekian lama, para ulama telah membimbing umat Islam supaya menjadikan ibadah, satu amalan rutin yang mudah dilakukan, agar umatnya dapat menikmati kesyahduan dan keistimewaan pada bulan ini. Setiap amal kebajikan yang dilakukan dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran berlipat ganda.
Dalam semangat berkongsi keberkatan Ramadan, Attawasol Insaniy Singapura memperkenalkan Bingkisan Ramadan, satu daya usaha kebajikan yang bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan. Program ini bukan sekadar satu sumbangan, bahkan satu bentuk kepedulian sosial yang memberi manfaat kepada penerima dan penyumbang.
Menurut Pengarah Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, Bingkisan Ramadan merupakan pakej bantuan yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan bahan makanan lain.
Setiap pakej ini akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan, termasuk keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal, anak yatim, serta mereka yang menghadapi kesulitan dalam menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur.
1. Pahala berlipat ganda: Sumbangan yang diberikan pada bulan Ramadan akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah swt.
2. Membantu golongan memerlukan: Memberi kelegaan dan kegembiraan kepada mereka yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan harian.
3. Menjalin ukhuwah: Menggalakkan sikap prihatin dan kasih sayang dalam masyarakat.
4. Tanggungjawab sosial: Mewujudkan persekitaran lebih harmoni dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
Orang ramai boleh menyertai program ini dengan menyumbang kepada Bingkisan Ramadan, kepada golongan memerlukan atau memberi sumbangan atas nama insan tersayang sebagai tanda kasih dan keprihatinan. Setiap sumbangan akan disalurkan secara telus dan amanah oleh Attawasol Insaniy.
1. Salurkan sumbangan anda melalui pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 6421-4943-9001; atau PayNow ke UEN: T17LL0787E. Sila WhatsApp nama dan jumlah sumbangan anda ke talian 9272-9132 setelah membuat pemindahan.
2. Untuk pertanyaan atau khidmat pengambilan sumbangan dari rumah, sila hubungi pejabat syarikat di talian 6344-6334, 8874-8848 atau 9027 3547.
3. Penghantaran cek atas nama Attawasol Insaniy LLP.
4. Tarikh tutup penyertaan ialah 22 Mac 2025 | 21 Ramadan 1446H.
* Attawasol Insaniy Singapura terletak di 152 Still Road, Singapura 423991.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg