Bagi ramai Sahibul Korban, iaitu orang yang melakukan ibadah korban, bukan harga saja yang menjadi persoalan, bahkan keyakinan.

Ke mana daging korban disalur? Kepada siapa ia diagih? Bagaimana ia dilaksana? Apakah amanah yang diterima sebagai pengendali ibadah itu dijalankan sebaik-baiknya?

Dalam dunia yang semakin kompleks, ibadah korban tidak lagi sekadar satu transaksi semata-mata.

Ibadah korban menuntut ketelusan, pelibatan jelas, dan keyakinan bahawa setiap proses diurus dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Ia membawa ketenangan hati kepada Sahibul Korban apabila setiap langkah pelaksanaan ibadah dikendali dengan teratur, telus, dan berlandaskan tuntutan agama.

Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, berkata peranan pihaknya dalam mengendalikan ibadah itu bagi pihak Sahibul Korban bukan sekadar sebagai penyedia perkhidmatan atau perantara biasa.

“Kami bukan ejen yang mengambil nama Sahibul Korban lalu menyerahkannya saja kepada pihak di negara yang kami sendiri tidak pernah jejakkan kaki kami.

“Kami tidak sekadar mengharapkan orang lain memenuhi tuntutan syariah dalam penyembelihan haiwan korban.

“Sebaliknya, kami turun padang sendiri, melihat daripada proses pemilihan haiwan hinggalah kepada pengagihan daging korban ke tangan penerima,” ujar Ustaz Dr Leyaket.

Di Attawasol Insaniy, perjalanan ibadah korban bermula lebih awal dari hari penyembelihan.

Haiwan korban dipelihara dengan teliti, melalui proses pemilihan rapi, dan disembelih oleh pasukan berpengalaman yang memahami amanah syariah dalam ibadah ini.

Pengagihan daging dilakukan secara tersusun dan berperingkat pada Aidiladha (10 Zulhijah) dan hari tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijah), memastikan ia sampai kepada golongan memerlukan.

Ustaz Dr Leyaket berkata setiap Sahibul Korban turut dibawa bersama dalam penghayatan rohani ibadah itu.

Nama mereka bukan direkod sahaja, malah disebut dalam doa dan majlis khatam Al-Quran dengan penuh ikhlas, harapan dan rasa syukur.

Selain itu, keberkatan ibadah ini diperluas melalui sumbangan kepada panti asuhan.

Ini menjadikan ibadah korban itu bukan ritual tahunan saja, bahkan satu bentuk manfaat kepada masyarakat memerlukan yang berpanjangan.

Setiap pelaksanaan ibadah itu disertakan dengan dokumen bergambar dan sijil pengesahan.

Ini memberi keyakinan kepada peserta bahawa ibadah mereka dilaksana dengan penuh bertanggungjawab.

“Inilah bentuk ibadah korban yang bukan disempurnakan sahaja, bahkan disaksikan, didokumentasikan dan dihayati.

“Apabila amanah dijaga dengan sebaiknya, ibadah itu tidak lagi sekadar simbol, tetapi pengalaman rohani yang benar-benar memberi makna,” tambah Ustaz Dr Leyaket.

CARA LAKSANA IBADAH KORBAN MELALUI ATTAWASOL INSANIY:

WhatsApp ke talian 9272-9132, 8874-8848, atau 9027-3547.

Berikan nama peserta, Sahibul Korban, alamat dan bukti pembayaran (PayNow).

Datang buat tempahan di: Madrasah Al-Khairiah (Still Road), Shubby Sweets Bakery (Chai Chee), dan Goldmas Jewellery (Arab Street).

Untuk pengambilan borang dari rumah, hubungi talian: 8874-8848.