Firma Attawasol Insaniy Singapura menawarkan pelbagai peluang ibadah bagi menghidupkan semangat takwa, ihsan, dan rahmah dalam masyarakat.
Sebagai sebuah badan yang telah berkhidmat selama 20 tahun, Attawasol Insaniy, terus komited dalam menyebarkan kasih sayang melalui program tahunan, Bingkisan Ramadan.
Contohnya, program khidmat khataman Al-Quran, tahlil harian, pembayaran fidyah, serta sumbangan dan tajaan berbuka puasa bagi golongan kurang berkemampuan.
Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, berkata kepentingan membaca Al-Quran adalah sebagai sumber rahmat dan maghfirah (pengampunan).
“Imam Abu Hanifah meriwayatkan bahawa pahala bacaan Al-Quran boleh dihadiahkan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
“Oleh itu, Attawasol Insaniy menawarkan khidmat khataman Al-Quran secara individu dan jamak,” katanya.
Khataman Individu: Setiap nama arwah yang diterima akan dipasangkan dengan seorang qari tahfiz yang akan membaca 30 juzuk Al-Quran sepanjang Ramadan. Sijil pengesahan akan dihantar kepada keluarga peserta.
Khataman Jamak: Bacaan Al-Quran dilakukan secara berkumpulan oleh para huffaz. Tiada sijil diberikan.
Tahlil Harian: Bacaan tahlil berjemaah akan diadakan setiap hari sebelum berbuka puasa untuk semua nama arwah yang didaftarkan.
Bersempena 20 tahun perjalanan Attawasol Insaniy, syarikat ini menawarkan harga promosi bagi ibadah korban, akikah, dan nazar, bertempat di Attawasol Farm, Jawa Tengah, Indonesia.
Pakej Standard – $165: Korban/Akikah/Nazar + khataman Al-Quran Jamak (pada hari Arafah).
Pakej Premium – $175: Korban/Akikah/Nazar + tahlil harian sepanjang Ramadan untuk arwah atau Doa Selamat harian + khataman Al-Quran Jamak (pada hari Arafah).
Semua ibadah korban akan dilaksanakan di Attawasol Farm Indonesia, ladang ternakan milik anak jati Singapura. Tempahan promosi berakhir pada 28 Ramadan 1446 Hijrah bersamaan 28 Mac 2025.
Selain ibadah korban, Attawasol Insaniy juga menyediakan sumbangan kurma bermutu tinggi, tajaan daging kambing untuk iftar, serta sumbangan iftar kepada masyarakat kurang berkemampuan. Pengagihan akan memberi manfaat kepada:
– Anak-anak yatim dan fakir miskin di Jawa Tengah, Timur dan Barat serta Kepulauan Riau.
– Penduduk luar bandar, termasuk masyarakat pedalaman dan pergunungan.
– Golongan kurang berkemampuan di Singapura.
Sebagai contoh, kurma yang diagihkan adalah kurma Ruthob daripada jenis Barhiy, Ajwa, Safawi, serta Wanaana. Kurma jenis ini lebih lembut dan sesuai untuk semua golongan.
Syarikat ini juga menerima pembayaran fidyah, dan disalurkan dalam bentuk beras dan makanan asas kepada golongan miskin yang memerlukan.
SEKILAS
1. Salurkan sumbangan anda melalui pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 6421-4943-9001; atau PayNow ke: UEN T17LL0787E. Sila WhatsApp nama dan jumlah sumbangan ke talian 9272-9132 setelah membuat pemindahan.
2. Untuk pertanyaan atau khidmat pengambilan dari rumah, hubungi pejabat syarikat di talian 6344-6334, 8874-8848 atau 9027-3547.
3. Penghantaran cek atas nama Attawasol Insaniy LLP.
* Attawasol Insaniy Singapura terletak di 152 Still Road, Singapura 423991.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg