Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aturan lebih ketat bagi iklan antara butiran terkini diumum Jabatan Pilihan Raya

May 31, 2024 | 5:48 PM
Butiran terkini itu berkuat kuasa pada 14 Jun dengan semakan dibuat kepada Perundangan Subsidiari di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, yang dikemas kini pada 2023. 
Butiran terkini itu berkuat kuasa pada 14 Jun dengan semakan dibuat kepada Perundangan Subsidiari di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, yang dikemas kini pada 2023.  - Foto JABATAN PILIHAN RAYA

Apabila pilihan raya akan datang diumumkan, Pegawai Pilihan Raya (RO) boleh mengarah individu dan firma media sosial supaya menanggalkan iklan pilihan raya dalam talian yang melanggar peraturan.

Ini juga mungkin bermakna menghentikan akses kepada iklan demikian kepada pengguna di Singapura, serta menghentikan penghantaran selanjutnya.

Pegawai Pilihan Raya ialah pegawai awam yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menyelia pilihan raya yang saksama dan lancar.

Sebagai sebahagian daripada perkembangan terkini yang diumumkan Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada 31 Mei, terdapat juga ruang lebih besar yang akan disediakan di kertas undi buat pengundi menandakan pilihan mereka.

Ini menyusuli maklum balas daripada Pilihan Raya Presiden bahawa terdapat individu yang kurang pasti jika mereka telah meletakkan setem dalam ruang pilihan mereka.

Maklumat terkini itu berkuat kuasa pada 14 Jun dengan semakan dibuat kepada Perundangan Subsidiari di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, yang dikemas kini pada 2023.

ELD berkata bahawa perubahan demikian diperlukan “untuk melaksanakan pindaan ini”, agar sejajar dengan keperluan yang ditetapkan semasa Pilihan Raya Presiden 2023.

Sebagai permulaan, iklan pilihan raya kini perlu memaparkan nama penuh setiap individu yang memainkan “peranan aktif” mencetak atau memaparkannya.

Ini merangkumi mereka yang membenarkan, meluluskan kandungan, mengarahkan agar ia diterbitkan, dan dalam kes iklan bercetak, pencetak juga mesti dikenal pasti.

Bagi iklan berbayar, nama penuh setiap individu yang membayarnya mesti dipaparkan, bersama dengan penunjuk bahawa iklan itu telah dibayar dengan perkataan seperti “ditaja oleh”.

Iklan yang dibayar meliputi kededua pembayaran melibatkan wang dan tidak melibatkan wang, serta pembayaran yang dibuat secara langsung atau menerusi pihak ketiga.

“Ini memastikan persaingan yang adil dengan meliputi pelbagai bentuk pembayaran di bawah had perbelanjaan kempen,” kata ELD.

Rakyat Singapura yang bukan calon atau ejen pilihan raya dan menerbitkan iklan pilihan raya dalam talian atas kapasiti peribadi tanpa sebarang bayaran akan dikecualikan daripada peraturan itu.

Sementara itu, bagi iklan pilihan raya yang tidak dilakukan secara dalam talian, parti politik perlu mengisytiharkan butiran semua cagaran yang mempunyai simbol parti politik atau parti politik kepada Pegawai Pilihan Raya, jika ia dipamerkan sebelum Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

Ini mesti dilakukan dalam tempoh 12 jam selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

Pengisytiharan itu akan disediakan dalam talian untuk diperiksa oleh orang ramai dalam tempoh yang sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg