Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Awas! Lelaki bersarban jual barang atas nama Masjid Darul Aman, masjid tegas tiada kaitan

Sep 7, 2023 | 4:53 PM
MASJID DARUL AMAN: Jemaah dinasihati berhati-hati apabila membeli barang bagi tujuan menyumbang kepada masjid.
MASJID DARUL AMAN: Jemaah dinasihati berhati-hati apabila membeli barang bagi tujuan menyumbang kepada masjid. - Foto FACEBOOK MASJID DARUL AMAN

Masjid Darul Aman telah mengeluarkan notis menegaskan bahawa ia tidak menjual apa-apa di luar kawasan masjid menyusuli maklumat yang diterima bahawa ada individu yang melakukan demikian atas nama masjid tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat di wadah media sosialnya di Facebook dan Instagram.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Pengerusi Masjid Darul Aman, Encik Izammuddin Mohd Ali berkata seseorang yang dikenali pihak masjid yang tinggal di Eunos Crescent memaklumkan kepada mereka bahawa beliau dihampiri individu bersarban dan dikatakan menjual barang atas nama masjid.

Oleh kerana tahu akan kegiatan masjid, jemaah tersebut berkata kepada lelaki bersarban itu bahawa Masjid Darul Aman tidak menjual barang, dan lelaki tersebut terus menarik diri.

“Kami tidak mahu orang lain pula yang terkena...takut orang beli barang tersebut atas nama masjid,” ujar Encik Izammuddin.

Beliau berkata barangan itu difahamkan adalah minyak wangi dan minyak attar tetapi tidak pasti sekiranya individu tersebut menjual barangan lain juga.

Encik Izammuddin turut menasihati agar jemaah berhati-hati apabila membeli barang bagi tujuan menyumbang kepada masjid.

“Bagi mana-mana masjid, sekiranya kami merancang untuk mengumpul dana, kami pasti akan meletakkannya di laman web atau media sosial kami, jadi pihak yang ingin menyumbang boleh memastikan kesahihannya. Untuk kepastian, sila lihat media sosial atau hubungi masjid,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg