Sebuah restoran berstatus halal yang kian berkembang, Chops & Sear, kini menjadi pilihan ramai, terutama sekali bagi penggemar ayam goreng rangup kerana hidangannya yang segar pada setiap hari!
Menurut Ketua Strategi & Perancangan Chops & Sear, Cik Melissa Kay Soh, penggunaan bekalan ayam segar di restoran tersebut menjadi kunci utama dalam memastikan setiap hidangan ayam goreng berkualiti dan menyelerakan.
Tambah Cik Melissa, atau mahu dikenali sebagai Cik Mel: “Ayam goreng menjadi sajian paling laris di Chops & Sear. Kami menawarkan ayam segar goreng pada setiap hari, di tempat sama, yang menjanjikan keenakan luar biasa.
“Kelebihannya, tekstur ayam goreng kami lebih lembut, rangup dan sedap. Pelanggan juga dapat mencuba ayam goreng segar bagi setiap pesanan. Ini membuktikan kami bukan sahaja menyediakan makanan sedap bahkan bermutu tinggi.”
Selain ayam goreng rangup, restoran makanan Barat ini juga menawarkan pelbagai menu menarik dengan harga berpatutan seperti pelbagai hidangan spageti, kentang istimewa dan burger daging premium.
Bagi promosi terhad bulan Oktober 2024 ini, pelanggan boleh mendapatkan satu pilihan unik hidangan Loaded Fries seperti Bolognese Fries, Mentaiko Fries, Poutine Fries dan Chilli Crab Mayo Fries di semua restoran Chops & Sear, hanya pada harga $5 sahaja!
Selain itu, orang ramai berpeluang menikmati hidangan istimewa menggunakan 100 peratus daging dari Australia, iaitu Australian Beef Patty Brioche Burger, berharga $10.50 satu set yang dihidangkan bersama jejari kentang goreng dan coleslaw.
Nikmati juga makanan Barat yang popular lagi memuaskan selera seperti Grilled Chicken Chop, Aglio Olio with Seared Norwegian Salmon, Double-Up Smashed Beef Cheeseburger, Golden Crispy Fish & Chips, Breaded Chicken Cutlet dan banyak lagi.
Ketika menerima kunjungan Berita Harian di salah satu restoran Chops & Sear baru-baru ini, Cik Mel memberitahu, restoran tersebut turut mencipta hidangan baru untuk memenuhi kehendak pelanggan.
“Kami pernah mencipta ‘snack box’ dengan harga $9.90 sahaja untuk pelanggan menonton Piala Euro sambil menikmati ‘snack box’ istimewa itu. Kami percaya setiap pelanggan berhak berkongsi waktu istimewa bersama rakan atau keluarga, lebih-lebih lagi di tempat santai seperti pusat penjaja, di mana terdapat banyak restoran Chops & Sear.
“Malah, Chops & Sear juga sudah mendapatkan sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi membolehkan lebih ramai pengunjung merasai makanan di sini tanpa ragu. Alami suasana selesa dan layanan mesra di Chops & Sear. Kami menanti kehadiran anda!” kata Cik Mel lagi.
Chops & Sear memiliki 13 cawangan, termasuk di Blok 915 Tampines Street 91, Blok 205 Bedok North Street 1, Blok 59 New Upper Changi Road, Blok 81 Marine Parade Central, Blok 524 Hougang Avenue 6, Blok 631 Ang Mo Kio Avenue 4, Blok 529 Ang Mo Kio Avenue 10, Blok 120 Bishan Street 12, Blok 73 Lorong 4 Toa Payoh, Blok 570A Woodlands Avenue 1, Blok 265 Bukit Batok East Avenue 4, Blok 28 Jalan Bukit Merah dan di Blok 46 Telok Blangah Drive.
Hidangan Chops & Sear boleh dipesan menerusi aplikasi Grab, Food Panda, dan Deliveroo.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari media sosial rasmi di Instagram@chops_and_sear, Facebook@Chops & Sear atau TikTok@chops.sear.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg