Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Badan jaga kebajikan penggiat seni Melayu S’pura dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan jaga kebajikan penggiat seni Melayu S’pura dilancar

Sejumlah $32,000 dikumpulkan Prihatin Singapore Limited dalam acara ‘Syawal Nan Prihatin’ malam tadi (3 Mei)
May 04, 2024 | 12:30 PM



Sebuah badan yang menggalak pengembangan seni Melayu dan menjaga kebajikan penggiat seni Melayu Singapura, Prihatin Singapore Limited, telah dilancarkan dalam acara penuh meriah di Istana@Promenade, Marine Parade Central, pada 3 Mei.


Acara, dinamakan ‘Syawal Nan Prihatin’, menyaksikan kehadiran sekitar 400 orang termasuk penggiat seni Melayu tanahair, merangkumi pemuzik, pelakon, penari dan karyawan seni, telah dirasmikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dalam ucapannya, Dr Muhammad Faishal menzahirkan rasa gembira atas usaha penubuhan Prihatin.

“Saya berasa teruja dengan semangat yang anda (Prihatin) tunjukkan, bukan hanya dalam menyuburkan dan menyemarakkan seni, budaya dan hiburan Melayu di Singapura tetapi juga saling menjaga kebajikan dan kesejahteraan para penggiat seni di sini. 

“Seingat saya, inilah kali pertama langkah seumpama ini dilakukan, yakni pembentukan secara rasmi sebuah pertubuhan tidak mencari untung bagi mendukung kedua-dua usaha murni ini,” katanya.

Majlis ‘Syawal Nan Prihatin’ turut diserikan dengan kehadiran Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Cik Carrie Tan; Pengarah Urusan Pos TKI Pte Ltd yang juga Penasihat Prihatin, Encik Mohamed Anwar Tahar; Ketua Perhubungan Komuniti Melayu merangkap Ketua Editor Berita & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp, Encik Sujadi Siswo; Ketua 1 Perkumpulan Seni, Encik Irsadi Munaris; dan, Pengerusi Kew Ong Yah Temple, Encik Toh Hong San.

Di majlis yang berlangsung selama dua jam itu, pihak Prihatin turut menerima sumbangan derma lebih $26,000 daripada tiga pertubuhan: The Istana ($16,000); Pos TKI Pte Ltd ($5,000); dan, Kew Ong Yah Temple ($5,000) selain sumbangan derma kira-kira $7,000 daripada tetamu yang hadir.

Pengasas yang juga Presiden Kehormat Prihatin, Encik Jasmi Mohd Nor, melahirkan rasa syukur dengan derma yang diterima itu yang membolehkan Prihatin terus membantu para penggiat seni. Mengongsi langkah perasmiannya, beliau berkata:

“Secara ringkasnya, Prihatin ditubuhkan kerana kami menyedari tidak ada badan khusus yang memayungi dan menjaga kebajikan penggiat seni Melayu kita di sini.

“Jadi Prihatin bertujuan menjadi wadah untuk rakan-rakan seni saling berkumpul dan menganjurkan kegiatan seni dan acara amal yang hasilnya kami sumbangkan kepada rakan-rakan seni yang tidak berkemampuan lagi uzur dan berpenyakit kronik.”

Pengerusi Prihatin, Encik Moliano Rasmadi, menerangkan bahawa usaha penubuhan Prihatin mula berputik pada 2021 dengan pelbagai kegiatan amal bagi membantu para penggiat seni yang uzur, berpenyakit kronik dan kurang upaya. Antara 2021 hingga Februari 2023 apabila ia rasmi menjadi sebuah pertubuhan dengan jaminan terhad (CLG), ia telah mengagihkan sekitar $200,000 kepada lebih 40 penggiat seni menerusi acara yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak.







Acara ‘Syawal Nan Prihatin’ menyaksikan 10 penggiat seni menerima bantuan kewangan $500 setiap seorang.

Antara penerima adalah pelakon mapan Rafi Khan dan Halimah Ismail yang kedua-duanya mengalami penyakit barah kronik.

Selain mereka, para penerima lain termasuk ahli dikir barat, penari, pelakon dan pemuzik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >