Badan Melayu/Islam, akar umbi boleh ganding bahu manfaat Dana Kerjasama SG

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badan Melayu/Islam, akar umbi boleh ganding bahu manfaat Dana Kerjasama SG

MMO: Belanjawan yang dibentangkan diharap semai daya tahan jangka panjang, persiap warga hadapi ekonomi AI
Feb 16, 2026 | 11:30 AM

Badan Melayu/Islam, akar umbi boleh ganding bahu manfaat Dana Kerjasama SG

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dana Kerjasama SG (SGPF) bernilai $50 juta yang baru dapat membuka peluang kepada pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di sini untuk bekerjasama dengan inisiatif akar umbi berimpak tinggi, sekali gus membolehkan badan-badan ini mencipta laluan lebih jitu bagi menyemai daya ketahanan bersifat jangka panjang, antara lain.
Dana Kerjasama SG (SGPF) bernilai $50 juta yang baru dapat membuka peluang kepada pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di sini untuk bekerjasama dengan inisiatif akar umbi berimpak tinggi, sekali gus membolehkan badan-badan ini mencipta laluan lebih jitu bagi menyemai daya ketahanan bersifat jangka panjang, antara lain. - Foto fail

Dana Kerjasama SG (SGPF) bernilai $50 juta yang baru dapat membuka peluang kepada pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di sini bekerjasama dengan inisiatif akar umbi berimpak tinggi.

Selain menggalak penglibatan lebih erat MMO dengan golongan yang disasarkan, langkah itu juga membolehkan badan berkenaan mencipta laluan lebih jitu bagi menyemai daya ketahanan jangka panjang yang lebih terangkum dan memastikan bantuan kekal relevan.

Demikian menurut MMO yang dihubungi Berita Harian, mengulas berkaitan dana tersebut yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2026 pada 12 Februari.

Dana tersebut bertujuan memupuk perpaduan rakyat dan menggalak masyarakat membantu antara satu sama lain demi membina Singapura bersifat ‘Kita Dahulu’.

Mengalu-alukan langkah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA), Dr Abdul Qader Al-aidaroos, berkata ia membuka ruang lebih luas bagi MTFA dan badan-badan Melayu/Islam bekerjasama dan menyokong inisiatif akar umbi.

“Melalui kolaborasi strategik ini, kami dapat terus memperkukuh jalinan ukhuwah serta memastikan bantuan dan khidmat kami sentiasa relevan serta inklusif demi kesejahteraan ummah,” ujarnya.

Berkongsi pandangan yang sama, Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid berkata SGPF dapat membantu menangani jurang keperluan dalam masyarakat Melayu/Islam.

SGPF juga akan membantu badan seperti AMP menyediakan sokongan yang lebih disasarkan, tambahnya.

“SGPF akan memberi impak yang bermakna di peringkat masyarakat.

“Dengan memperkukuhkan inisiatif berteraskan akar umbi, ia membolehkan sokongan yang lebih disasarkan dan responsif untuk menangani jurang tertentu dalam masyarakat.

“Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini mewujudkan laluan lebih kukuh untuk menyemai daya ketahanan jangka panjang dan membina kemajuan inklusif,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai Belanjawan yang dibentangkan, MMO yang dihubungi turut melahirkan rasa optimistik dengan langkah-langkah yang akan diambil bagi membantu warga lebih berdaya tahan dalam persekitaran global yang semakin tidak menentu.

Menurut Encik Mohksin, ia mencerminkan keseimbangan yang perlu dicapai pemerintah antara mengukuhkan sokongan sosial dengan memacu transformasi strategik.

Ini termasuk mengukuhkan institusi keluarga serta mempersiapkan Singapura dan tenaga kerja di sini bagi fasa perubahan ekonomi.

Beliau menjelaskan penekanan terhadap kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital - dengan penubuhan Majlis AI Kebangsaan baru - boleh menyumbang secara ketara kepada mobiliti ekonomi masyarakat.

“Inisiatif ini akan memudahkan pekerja dan mereka yang mencari pekerjaan untuk mengakses sokongan berstruktur, menambah kemahiran bagi sektor baru dan mendapatkan pekerjaan lebih bermutu dalam ekonomi yang pesat berkembang,” ujarnya.

CEO Yayasan Mendaki, Encik Mohamed Feroz Mohamed Akber, berkata tumpuan kepada kesiapsiagaan AI dan pengukuhan daya tahan pekerja memberi momentum kepada usaha berterusan badan-badan Melayu/Islam, khususnya Mendaki, dalam menyokong kemajuan masyarakat Melayu/Islam secara holistik.

“Dalam bidang AI, strategi nasional yang diumumkan bertujuan meningkatkan keupayaan digital dan daya tahan tenaga kerja Singapura.

“Seiring dengan tumpuan ini, Mendaki telah memeterai Memorandum Persefahaman bersama Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan NTUC Learning Hub bagi menyediakan laluan latihan dan bengkel AI di bawah inisiatif Ready At Work serta Langkah Digital.

“Usaha ini membantu belia, pencari kerja dan karyawan meningkatkan kemahiran serta menyesuaikan diri dengan tuntutan ekonomi digital yang berkembang pesat.”

Langkah meningkatkan keupayaan digital dan daya tahan tenaga kerja bagi rakyat Singapura ini sesuatu yang harus dimanfaatkan masyarakat Melayu/Islam sepenuhnya, termasuk golongan wanita, kata CEO Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Aidaroyani Adam.

Menurutnya, ramai dalam kalangan wanita yang di bawah sokongan PPIS sedang mengimbangi tanggungjawab penjagaan sambil mencari pekerjaan stabil atau peluang mempertingkatkan diri.

Bagi tenaga kerja masyarakat Melayu/Islam secara umum, beliau berkata meningkatkan semula kemahiran merupakan sesuatu yang tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Langkah-langkah seperti sokongan latihan berkaitan AI, geran produktiviti untuk penerimaan digital dan akses yang diperluas kepada program pembangunan kemahiran boleh mewujudkan laluan mobiliti ke peringkat seterusnya.

“Namun, masyarakat perlu dilengkapi (dengan sumber yang betul) untuk melibatkan diri dalam ekonomi digital dengan penuh yakin,” ujarnya.

Sementara it, Setiausaha Umum-CEO Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berkata meskipun sokongan yang dibentangkan lebih disasarkan, badan masyarakat kekal sebagai wadah penting bagi keluarga yang memerlukan sokongan.

Beliau berkata: “Ia memperkukuh kerelevanan organisasi seperti Muhammadiyah dalam merapatkan jurang maklumat, memahami realiti, dan melengkapi usaha nasional selaras dengan budaya masyarakat Melayu/Islam.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg