Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Baju Raya baru ‘Projek Khas Untukmu’ tambah ceria golongan memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baju Raya baru ‘Projek Khas Untukmu’ tambah ceria golongan memerlukan

Mar 31, 2024 | 03:31 PM



Buat tahun kedua berturut-turut, Cik Fatimah Ahmad, akan meraikan Hari Raya Aidilfitri seorang diri.

Suaminya berada jauh di Australia manakala mereka pula tidak mempunyai cahaya mata.

Lantaran itu, Cik Fatimah, 77 tahun, sudah dapat menjangkakan sambutan kurang meriah bahkan tidak bercadang membeli baju Raya baru.

Mujurlah, beliau mampu menguntum senyum pada musim perayaan ini dengan niat murni penggerak Projek Khas Untukmu (PKU) menghadiahkan keluarga kurang berkemampuan dengan pakaian Hari Raya serba baru yang ditaja butik pakaian setempat pada 31 Mac.

Inisiatif tahunan ini dianjurkan oleh M3@Geylang Serai dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Kelab Masyarakat MacPherson.


Cik Fatimah merupakan individu pertama yang beratur di luar Kelab Masyarakat MacPherson seawal 8.30 pagi.

Melahirkan perasaan syukur, beliau berkata inisiatif ini memberinya semangat meraikan Hari Raya.

“Saya gembira sangat diundang untuk datang ke acara ini. Hari Raya selalunya kita pakai baju Raya yang baru.

“Melalui inisiatif ini, saya dapat juga rasa suasana Hari Raya kerana berpeluang pilih baju yang saya inginkan,” kata Cik Fatimah yang tinggal di Blok, 94 Pipit Rd.

Cik Fatimah merupakan salah seorang individu daripada 75 isi rumah kurang berkemampuan yang berpeluang memilih baju baru untuk perayaan mendatang.

Tahun ini, PKU bekerjasama dengan lima butik, ‘Sufyaa Bridal’, ‘Bewa’, ‘Begum Bridal’, ‘Modestheory’ dan ‘Saba Singapore’ untuk menyumbang sejumlah 300 pakaian Raya dan 100 selendang.

Penerima bantuan boleh memilih sendiri baju Raya idaman mengikut cita rasa mereka.

Harga setiap busana ialah antara $150 hingga $300.

Pengasas PKU, Cik Maria Zahid, menjelaskan bahawa inisiatif ini juga memperkasa penerima bantuan yang datang memilih baju yang mereka inginkan.

“Bagi sesetengah orang membeli baju baru setiap tahun itu perkara biasa.

“Tetapi ia sesuatu yang mungkin tidak dapat dilakukan golongan memerlukan seperti penerima bantuan kami.

“Jadi dengan acara seperti ini, kami ingin memperkasa mereka untuk ‘membeli’ dan memilih baju yang mereka ingin gunakan untuk Hari Raya nanti,” ujar Cik Maria.

Merasmikan majlis tersebut pada pagi 31 Mac adalah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Encik Fahmi mengalu-alukan usaha ini sambil menekankan tentang kepentingan untuk terus berkhidmat kepada mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya rasa penting untuk terus menawarkan sokongan seperti ini kepada golongan memerlukan.

“Ketika mereka mengalami keadaan yang mencabar dan ramai yang menangani isu kewangan, sedikit sebanyak kita dapat memberi keceriaan semasa musim perayaan ini,” ujar Encik Fahmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >