Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pesakit diabetes punya cucu autistik terima zakat Muhammadiyah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit diabetes punya cucu autistik terima zakat Muhammadiyah

Mar 30, 2024 | 04:43 PM



Tidak mudah bagi Cik Sayam Samsool menanggung kos perubatan kencing manis, membesarkan cucu berusia 10 tahun yang didiagnos menghidap autisme dan meredah kehidupan tanpa suami tersayang.

Sungguhpun demikian, ibu tiga anak berusia 63 tahun itu tetap berlapang dada dengan apa yang berlaku.

Beliau menjelaskan suaminya sering keluar masuk penjara sepanjang lapan tahun ini, dan beliau perlu membayar kos perubatan sendiri yang boleh mencecah $200 sebulan.

Ini di samping melayan cucunya yang berkeperluan khas dan telah menetap bersamanya sejak lahir lagi. Ragam dan kerenah si cucu, bagaimanapun, menjadi lumrah buatnya.

Lantaran itu, beliau bersyukur dapat menerima sumbangan zakat yang katanya sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan akan digunakan bagi persiapan menjelang Hari Raya.

Beliau yang mewakili keluarganya merupakan antara 400 keluarga penerima zakat Persatuan Muhammadiyah pada acara pengagihan zakat di Persada Budaya, Wisma Geylang Serai (WGS), pada 30 Mac.

Cik Sayam yang menetap di kawasan Bedok North, menjelaskan:

“Banyak dugaan membesarkan kanak-kanak berkeperluan khas. Kalau dia mengamuk, dia ‘bantai’ kami memandangkan dia baru darjah empat.

“Jadi kena banyak bersabar. Lagipun, saya baru dapat tahu saya hidap kencing manis baru-baru ini… banyak ubat perlu diambil.”

Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, hadir selaku tetamu terhormat.

Acara ini turut dihadiri sekitar 100 penerima yang mengambil zakat secara fizikal, di samping hamper makanan yang turut disumbangkan persatuan tersebut.

Baki penerima yang lain menerima hamper masing-masing menerusi penghantaran ke rumah oleh relawan persatuan dan rakan pemandu Grab.

Bercakap kepada pihak media sebelum acara berlangsung, Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berkata jumlah agihan zakat kali ini mencecah $90,000.

Jumlah penerima atau pemohon bantuan zakat kali ini juga menurutnya konsisten dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Fokus kami pada tahun ini adalah untuk memberikan kepada golongan berisiko tinggi dan sederhana.

“Walaupun permohonan untuk tahun ini lebih kurang sama dengan tahun sebelum ini, kami lihat adanya profil baru yang memohon iaitu keluarga yang mempunyai anggota berkeperluan khas.

“Bukan sahaja kanak-kanak berkeperluan khas tetapi juga yang dewasa,” ujarnya.

Beliau menambah sekitar seperempat daripada pemohon adalah keluarga dengan anggota berkeperluan khas.

Hamper yang diagihkan termasuk biskut Hari Raya yang didermakan Mdm Ling Bakery, beg snek sihat oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) serta duit zakat.

Dalam pada itu, acara tersebut turut menyaksikan pemberian cek bernilai $5,000 oleh Grab kepada Persatuan Muhammadiyah bagi “menyokong usaha kebajikan Persatuan Muhammadiyah untuk keluarga yang berpendapatan rendah sempena Ramadan ini”, jelas satu kenyataan media.

Sepanjang Ramadan 2023, persatuan tersebut dengan kerjasama pertubuhan dan syarikat lain, telah mengagihkan bantuan secara keseluruhan bernilai kira-kira $159,000 kepada lebih 1,000 keluarga memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >