Bakal CEO baru SPH Media suai kenal operasi BH
Bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Encik Chan Yeng Kit, telah berkunjung ke bilik berita akhbar Berita Harian (BH) pada 29 April.
Semasa lawatannya, Encik Chan diberi taklimat mengenai usaha transformasi digital BH.
Ini termasuk penggunaan teknologi dan inovasi baru seperti analitik data dan pendekatan media sosial yang diterapkan demi mengembangkan liputan berita kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan muda.
Selain meninjau pejabat baru BH buat kali pertama, Encik Chan juga berinteraksi dengan beberapa kakitangan BH.
Dalam lawatan itu, Encik Chan turut meninjau setiap bilik berita SPH, termasuk Berita Harian.
Mulai 15 Julai 2024, Encik Chan akan mengambil alih sebagai CEO SPH Media daripada Cik Teo Lay Lim, yang bakal bersara.
Encik Chan sebelum ini menerajui pelbagai kementerian seperti Kesihatan; Pertahanan; serta Penerangan, Perhubungan dan Kesenian.
Dalam pelbagai peranan yang diterajuinya, beliau memimpin pertubuhannya meniti cabaran yang timbul ekoran gangguan digital dan perubahan perilaku.

