Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Setiausaha Tetap MOH dilantik anggota lembaga SPH Media

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiausaha Tetap MOH dilantik anggota lembaga SPH Media

Mar 13, 2024 | 06:17 PM



SPH Media akan melantik Encik Chan Yeng Kit sebagai anggota Lembaga SPH Media Holdings Pte Ltd mulai 15 Mac.

Demikian dinyatakan SPH Media dalam satu kenyataan media pada 13 Mac.

Encik Chan, 59 tahun, merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan (MOH) dan sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang jawatan pengurusan dalam sektor awam, gerakan buruh dan sektor swasta, tambah kenyataan itu.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (Mica) dari Januari 2008 hingga November 2012.

Beliau juga Pengerusi Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Jawatan Pengerusi di IMDA itu bakal diambil alih Ketua Teknologi Membangun, Temasek Holdings Pte Ltd, Encik Russell Tham.

Dalam satu kenyataan berasingan pada 13 Mac oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), ia menyatakan bahawa Encik Tham bakal menggantikan tempat Encik Chan mulai 15 Mac.

Encik Tham, 56 tahun, bukanlah muka baru setelah menjadi anggota lembaga IMDA sejak 1 Oktober 2020.

Beliau pernah berkhidmat selaku anggota Lembaga IMDA sejak 1 Oktober 2020 dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Teknologi IMDA sejak 1 April 2023.

Sementara itu, Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, berkata: “Encik Chan mempunyai pemahaman mendalam tentang cabaran gangguan digital ke atas industri media.

“Pengalamannya yang pelbagai akan menambah nilai kepada lembaga dan bantu mengemudi pasukan kami ke arah pertumbuhan yang mapan.”

Kenyataan SPH Media itu turut menjelaskan Encik Chan mempunyai pengalaman luas dalam projek berskala besar “melibatkan menangani cabaran yang timbul akibat gangguan digital, dan mengubah pola pemikiran”.

Ia menambah dalam peranan semasa, beliau mengetuai beberapa daya usaha bagi respons kebangsaan oleh pemerintah dan sektor penjagaan kesihatan melalui Covid-19.

Inisiatif sedemikian menggunakan dan menyesuaikan strategi yang mempunyai kesan meluas di Singapura di kala situasi kesihatan awam berubah.

Encik Chan turut dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang pada 2022 atas sumbangan beliau kepada Singapura.

Ini termasuk mengetuai usaha pemerintah merangka dan menyelaraskan rancangan bagi langkah pengurusan selamat Covid-19 dan hala tuju ke arah norma baru pandemik.


Beliau juga kini merupakan Pengerusi MOH Holdings Ltd dan Timbalan Pengerusi Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF).


Beliau lulus dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Matematik dari Universiti Tasmania, memperoleh Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, dan menamatkan Program Pengurusan Lanjutan di Wharton School of the University of Pennsylvania.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >