Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Chan Yeng Kit CEO baru SPH Media mulai 15 Jul

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chan Yeng Kit CEO baru SPH Media mulai 15 Jul

Apr 08, 2024 | 05:01 PM



Mulai 15 Julai 2024, Encik Chan Yeng Kit akan mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media daripada Cik Teo Lay Lim, yang bakal bersara daripada syarikat tersebut.

Encik Chan akan mengetuai SPH Media dalam fasa transformasi seterusnya, sambil memastikan ia kekal dengan misinya menyampaikan kewartawanan bermutu dan menjadi sumber berita yang dipercayai di Singapura dan Asia.

Dalam peranan terkininya sebagai Setiausaha Tetap (Kesihatan), beliau menerajui usaha seluruh pemerintah membangunkan rancangan bagi Langkah Pengurusan Selamat Covid-19 dan menyelaras rancangan membantu Singapura melalui krisis pandemik itu.

Usaha beliau membawa Singapura melangkaui Covid-19 ke dalam normal baru, sambil memastikan sistem penjagaan kesihatan negara tidak dibebani.

Beliau dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang pada 2022 atas sumbangan besarnya kepada Singapura, termasuk menyelia aspek utama respons negara dan kementerian terhadap Covid-19.

Encik Chan sebelum ini menerajui pelbagai kementerian, seperti Kesihatan, Pertahanan dan Penerangan, Perhubungan dan Seni. Dalam pelbagai peranan kepimpinannya, beliau memimpin pertubuhannya melalui cabaran yang ditimbulkan oleh gangguan digital dan perubahan tingkah laku.

Antara lain, beliau terlibat dalam sektor infokom dan media hampir dua dekad, termasuk sebagai Setiausaha Tetap bekas Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (Mica) dan Pengerusi Pengasas Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Dengan minat mendalam dalam media, Encik Chan menggabungkan keupayaan produksi dan bakat untuk membentuk So Drama! Entertainment ketika beliau berkhidmat di Kementerian Pertahanan (Mindef), bagi memanfaatkan pelbagai bentuk media dengan lebih baik untuk menarik minat orang ramai.


Dalam satu kenyataan berasingan, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) berkata jawatan Setiausaha Tetap (Kesihatan) yang disandang Encik Chan, yang dipinjamkan ke SPH Media, akan diterajui Setiausaha Tetap (Pembangunan Pengangkutan) dan Setiausaha Tetap Kedua (Kewangan), Cik Lai Wei Lin, pada 1 Julai.

Mengulas tentang peranan baru yang bakal dipikulnya itu, Encik Chan berkata:

“Saya bersyukur atas peluang ini untuk menerajui organisasi berita utama Singapura, yang telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam kehidupan generasi warga Singapura.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan sekerja SPH Media untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada Singapura, warga Singapura dan rakan kongsi kami.”

Pendahulunya, Cik Teo, yakin Encik Chan dapat menerajui SPH Media pada langkah seterusnya.

Beliau, yang kembali daripada persaraan untuk menerajui transformasi digital SPH Media pada 1 Mac 2022, meletakkan asas kukuh untuk pertumbuhan pertubuhan tersebut. Kepakaran beliau dalam transformasi dan pendigitalan memainkan peranan penting dalam perjalanan digital baru SPH Media.


Sepanjang dua tahun lalu di bawah kepimpinannya, usaha transformasi digital SPH Media telah membawa kemajuan mantap dalam bidang utama seperti integrasi digital, pengalaman pelanggan dan pembangunan bakat.

Di bawah kepimpinannya, SPH Media turut melengkapkan pemerolehan Tech in Asia bagi mempercepat pertumbuhan serantau The Business Times.


“Berkhidmat kepada SPH Media pada pusingan pertama perjalanan transformasinya adalah satu keistimewaan luar biasa. Asas digital kini telah sedia ada dan saya yakin Yeng Kit akan mengemudi SPH Media dengan cekap untuk melalui pusingan seterusnya,” ujar Cik Teo.

Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, berkata: “Yeng Kit komited pada misi kami membantu memaklumkan dan menyatukan warga melalui kewartawanan bermutu. Menentang tekanan persaingan daripada media sosial, beliau akan menyokong bilik berita untuk memanfaatkan platform digital bagi menjangkau khalayak baru dan membina model komersial mampan.

“Kami berterima kasih kepada Lay Lim kerana memulakan transformasi digital pertubuhan kami. Yeng Kit akan membina di atas asas yang telah beliau bina.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >