Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bakal pengantin kurang upaya ingin khidmat Fatimah Mohsin, tak sangka ditaja pula

Jun 21, 2024 | 5:30 AM
Cik Roszana Ali, yang menghidap palsi serebrum (duduk), mencuba pakaian pengantin di butik Fatimah Mohsin, The Wedding Gallery, dengan tunangnya Encik Herman mengambil gambarnya. Bersama dalam gambar ialah pemilik butik, Cik Fatimah.
Cik Roszana Ali, yang menghidap palsi serebrum (duduk), mencuba pakaian pengantin di butik Fatimah Mohsin, The Wedding Gallery, dengan tunangnya Encik Herman mengambil gambarnya. Bersama dalam gambar ialah pemilik butik, Cik Fatimah. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pepatah kalau sudah jodoh tidak ke mana memang sesuai dikaitkan kepada Cik Roszana Ali dengan bakal pasangannya, Encik Herman Abdullah.

Sebabnya wanita berusia 32 tahun itu merupakan golongan yang menghidap penyakit palsi serebrum (cerebral palsy) sementara pasangannya itu yang berusia 42 tahun dilahirkan normal, meskipun kini mengalami masalah penglihatan selepas mengalami kemalangan.

Encik Herman juga pernah melalui penyakit barah limforma.

Cik Roszana seorang penghantar makanan dan Encik Herman kini bekerja sambilan sebagai pelayan restoran.

Bak sudah rezeki. Pasangan itu yang merancang untuk berkahwin pada akhir November 2025 mendapat tajaan salah seorang jurudandan terkenal Singapura, Cik Fatimah Mohsin.

Menurut Cik Roszana, beliau bertemu dengan Cik Fatimah ketika berlangsungnya satu acara pameran di Singapore Expo pada 8 Jun lalu bagi tujuan mendapatkan khidmat mak andam tersebut.

Tersentuh dengan nasib pasangan itu, Cik Fatimah mengambil keputusan untuk membiayai kos majlis perkahwinan mereka dan berkongsikannya di media sosial, mengajak syarikat perkhidmatan perkahwinan lain untuk turut serta menjayakan majlis pasangan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg