Balakrishnan: Konflik berlarutan Timur Tengah beri akibat serius pada dunia, termasuk Asean

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Balakrishnan: Konflik berlarutan Timur Tengah beri akibat serius pada dunia, termasuk Asean

Mar 13, 2026 | 10:06 PM

Balakrishnan: Konflik berlarutan Timur Tengah beri akibat serius pada dunia, termasuk Asean

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kesan serangan udara Israel ke atas sebuah perkampungan di Lubnan. Lubnan terjerumus dalam kancah perang di Timur Tengah menyusuli serangan kumpulan Hezbollah ke atas Israel.
Kesan serangan udara Israel ke atas sebuah perkampungan di Lubnan. Lubnan terjerumus dalam kancah perang di Timur Tengah menyusuli serangan kumpulan Hezbollah ke atas Israel. - Foto AFP

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata konflik di Timur Tengah yang berlarutan akan membawa akibat yang serius kepada dunia termasuk Asean.

Lantas beliau menggesa semua pihak agar kembali berunding untuk mencapai resolusi aman mengikut undang-undang antarabangsa dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dr Balakrishnan berkata demikian semasa beliau menyertai Mesyuarat Kecemasan Khas Menteri Luar Asean mengenai situasi di Timur Tengah pada 13 Mac.

Mesyuarat yang berlangsung secara dalam talian itu diadakan oleh Pengerusi Asean, Filipina.

Dalam satu kenyataan media Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 Mac, Dr Balakrishnan dikatakan telah melahirkan sokongan terhadap usaha Filipina untuk menjalin tindak balas serantau.

Beliau juga menyatakan akan kebimbangan Singapura terhadap situasi di Timur Tengah yang telah memberi kesan kepada kehidupan dan keselamatan orang awam termasuk ramai warga Asean.

Menteri Luar Asean membincangkan kesan konflik di Timur Tengah, termasuk ke atas pasaran tenaga global dan laluan pengangkutan maritim.

Mereka bersetuju mengenai keperluan untuk tindak balas yang tepat pada masanya dan bersatu oleh Asean, untuk mengurangkan kesan konflik serta memastikan kestabilan rantau kita dan keselamatan warga Asean di Timur Tengah.

Mereka menekankan kepentingan pemberhentian segera permusuhan dan menyeru semua pihak untuk mengelakkan tindakan yang semakin meruncing, dan menyelesaikan perbezaan melalui diplomasi dan dialog demi kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

“Singapura akan terus memantau perkembangan dengan teliti, dan bekerjasama dengan rakan kongsi Asean kami untuk membantu rakyat Singapura dan warga Asean lain yang terjejas akibat konflik itu,” tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg