Balang.SG sasar kawasan kejiranan, tingkat kecekapan di tiga bazar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Balang.SG sasar kawasan kejiranan, tingkat kecekapan di tiga bazar

Daripada terus bergantung pada formula minuman tular yang sama, BSG pilih ubah pendekatan perniagaan
Feb 22, 2026 | 5:30 AM

Balang.SG sasar kawasan kejiranan, tingkat kecekapan di tiga bazar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengasas BSG, Encik Syabil Marzuq Sulaiman and Cik Diniah Abdul Wahab, telah beralih ke bazar di kawasan kejiranan seperti Tampines dan Admiralty untuk mendekati pelanggan mereka.
Pengasas BSG, Encik Syabil Marzuq Sulaiman and Cik Diniah Abdul Wahab, telah beralih ke bazar di kawasan kejiranan seperti Tampines dan Admiralty untuk mendekati pelanggan mereka. - Foto BM oleh DESMOND WEE

Bagi Encik Syabil Marzuq Sulaiman, 32 tahun, bertahan dalam dunia bazar bukan sekadar soal menjual minuman, bahkan merupakan usaha kekal relevan dalam ruang perniagaan yang mana trend berubah lebih pantas daripada pergerakan barisan pelanggan.

Walaupun baru memasuki ruang perniagaan bazar pada 2022, beliau cepat menyedari betapa sengitnya persaingan.

Setiap tahun, vendor minuman baru muncul dengan produk, konsep atau minuman tular yang hampir serupa.

Hari ini, jenamanya, Balang.SG (BSG), beroperasi dalam pasaran yang menawarkan pelanggan lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini.

Daripada terus bergantung pada formula minuman tular yang sama, pengasas bersama BSG itu memilih untuk mengubah pendekatan perniagaan dengan bertapak di kawasan kejiranan dan memperkukuhkan operasi dalaman bagi meningkatkan kecekapan.

Pada 2026, BSG akan beroperasi di tiga lokasi – Bazar Raya Utara di Admiralty, Pelita Raya Bazar di stesen MRT Tampines dan Bazar Ramadan di Blok 301 Tampines Street 32.

Encik Syabil berkata tumpuan kepada kawasan kejiranan atau ‘heartland’ membolehkan mereka mendekati pelanggan secara lebih langsung.

“Kami mahu berada dekat dengan pelanggan. Peralihan ini juga didorong permintaan ramai ketika kami melakukan penyelidikan untuk memilih lokasi tahun ini.

“Di kawasan kejiranan, kita dapat melihat pelanggan yang sama datang berulang kali, sekali gus membantu kami mendekati mereka yang sebelum ini belum pernah mencuba minuman kami,” katanya yang juga mengendalikan sebuah unit kedai di WIS@Changi, yang beroperasi sebagai dapur persiapan.

Beliau dijangka mengerahkan seramai 35 kakitangan sambilan di gerai-gerainya pada 2026.

Sebelum ini, mereka telah menyertai bazar di kawasan Geylang Serai dan Kampong Gelam, namun memutuskan untuk hanya tumpukan perniagaan di kawasan kejiranan kali ini.

Dalam suasana bazar yang sesak, terutama menjelang waktu berbuka, kepantasan perkhidmatan menjadi faktor penting yang boleh menentukan sama ada jualan laku atau sebaliknya.

Oleh itu, Encik Syabil turut memberi tumpuan besar kepada pengalaman pelanggan, khususnya dalam mengurangkan masa menunggu.

Menurutnya, beliau memastikan aliran barisan pelanggan berjalan lancar dengan menugaskan kakitangan tertentu untuk mengambil pesanan dan menguruskan pembayaran agar pelanggan dapat menikmati minuman BSG tanpa menunggu lama.

Ditanya mengenai persaingan yang sentiasa wujud, Encik Syabil berkata ia bukan sesuatu yang perlu ditakuti.

Sebaliknya, beliau melihatnya sebagai pendorong untuk terus memperbaiki diri.

“Sebenarnya ini cara yang baik untuk ada saingan yang sihat kerana ia memberi saya semangat untuk terus menawarkan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Beliau menambah bahawa persaingan memaksa vendor sentiasa menilai semula mutu produk dan piawaian perkhidmatan.

Menurutnya, untuk menarik perhatian pelanggan di kawasan kejiranan, beliau akan memperkenalkan minuman tradisional air katirah dan bandung katirah dalam menunya kali ini.

Selain persaingan, Encik Syabil percaya kerjasama antara vendor juga penting untuk memastikan perniagaan dapat berjalan lancar.

Dalam beberapa keadaan, beliau bekerjasama dengan vendor bersebelahan dan saling mempromosikan produk masing-masing, menawarkan diskaun pakej makanan dan minuman, malah membantu mempromosikan gerai yang kurang mendapat jualan.

“Ada kalanya kita bantu jiran-jiran kerana kita tahu bukan mudah.

“Jika ada yang perlu promosi tambahan, kita bantu antara satu sama lain.

“Kerana kita tahu, rezeki memang sudah ditentukan,” ujarnya.

Berniaga semasa Ramadan menambah cabaran dengan tempoh kerja yang panjang dalam keadaan panas dan sambil berpuasa.

Namun bagi Encik Syabil, pengalaman itu membawa makna tersendiri.

Melayani pelanggan, menyokong perniagaan tempatan dan menjadi sebahagian daripada masyarakat bazar Ramadan adalah perkara yang beliau sering menantikan sempena Ramadan.

“Memang kami akan rasa penat. Setiap hari kakitangan dan saya bekerja bertungkus-lumus. Tetapi pada minggu terakhir, kami akan teruskan dengan lebih semangat kerana ingin menawarkan khidmat terbaik kepada semua yang menyokong kami,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg