Bank Otak S’pura bolehkan kajian penyakit saraf dalam konteks Asia
Premium
Bank Otak S’pura bolehkan kajian penyakit saraf dalam konteks Asia
Jan 14, 2025 | 5:30 PM
Apabila Bank Otak Singapura memperolehi otak, ia akan dibelah dua – satu bahagian dipotong menjadi blok-blok kecil dan dibekukan, dan lagi separuh diproses dalam bahan kimia formalin untuk elak pereputan. Bahagian yang diproses dalam formalin itu kemudian akan dikeluarkan untuk dipotong. Bahagian otak yang penting seperti hipokampus yang penting bagi pembelajaran dan memori (bahagian kecil dalam potongan otak dalam katrij hijau dalam gambar) akan dikenal pasti. Ia kemudian akan dipotong menjadi kepingan tipis bagi analisis histologi dan molekul supaya dapat melihat struktur sel, protein dan penanda penyakit di bawah mikroskop. - Foto BH oleh KHALID BABA
Faktor genetik kaum memainkan peranan dalam cara suatu penyakit sistem saraf itu menjejas individu, dan oleh itu, adalah penting mempunyai repositori spesimen otak daripada individu Asia, kata timbalan pengarah Bank Otak Singapura, Penolong Profesor Yeo Tianrong.
Dr Yeo berkata tugas di bank itu – yang pertama seumpamanya di Singapura – adalah penting kerana objektif mereka adalah untuk membolehkan para klinisian dan penyelidik mempelajari dan memahami lebih mendalam tentang penyakit sistem saraf dalam konteks Asia.
Laporan berkaitan
Bank otak S’pura akan beri spesimen pertama untuk kajian awal 2025 Jan 13, 2025 | 3:51 PM
90,000 warga S’pura daftar dalam projek peta DNA untuk cegah penyakitAug 21, 2024 | 5:38 PM

