Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bank S’pura tingkat peruntukan untuk hadapi ekonomi tidak menentu

May 9, 2025 | 5:22 PM
DBS, OCBC dan UOB masing-masing menyatakan bahawa ini adalah langkah awal untuk mengukuhkan rizab mereka ketika mereka menghadapi kesan tarif Amerika Syarikat dan kemungkinan kelembapan ekonomi.
DBS, OCBC dan UOB masing-masing menyatakan bahawa ini adalah langkah awal untuk mengukuhkan rizab mereka ketika mereka menghadapi kesan tarif Amerika Syarikat dan kemungkinan kelembapan ekonomi. - Foto Fail BT

Tiga bank utama tempatan telah mengetepikan peruntukan tambahan dalam laporan kewangan suku pertama 2025 mereka berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

DBS, OCBC dan UOB masing-masing menyatakan bahawa langkah ini diambil secara berwaspada untuk memperkukuh rizab mereka ketika mereka menyesuaikan diri dengan kesan tarif Amerika Syarikat dan kemungkinan kelembapan ekonomi.

DBS telah mengetepikan peruntukan am sebanyak $205 juta dalam suku pertama bagi mengukuhkan rizabnya, lapor The Business Times (BT).

Peruntukan OCBC meningkat 2 peratus berbanding suku sebelumnya kepada $212 juta, yang merangkumi $94 juta untuk aset terjejas dan $118 juta untuk aset tidak terjejas. 

Peruntukan untuk aset yang belum terjejas meningkat kerana ada perubahan dalam tahap risiko kredit dan keputusan tambahan daripada pihak pengurusan.

Peruntukan UOB meningkat kepada $290 juta dalam suku pertama, berbanding $212 juta sebelumnya, sebagai langkah berwaspada untuk mengukuhkan simpanan. Disebabkan ketidaktentuan semasa, UOB menangguhkan panduan prestasi 2025 dan akan menyambungnya apabila keadaan ekonomi lebih stabil.

Namun begitu, bank-bank tersebut menyatakan bahawa kualiti aset masing-masing kekal kukuh.

Nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) DBS kekal pada 1.1 peratus; NPL OCBC menurun 10 mata asas berbanding 2024 kepada 0.9 peratus; manakala NPL UOB meningkat sedikit kepada 1.6 peratus daripada 1.5 peratus, disebabkan peningkatan kos kredit selepas peruntukan tambahan dibuat.

Ketiga-tiga bank tempatan menyatakan bahawa mereka kurang terkesan secara langsung oleh tarif Amerika.

Namun, mereka lebih bimbang tentang penurunan keyakinan pengguna dan kelembapan ekonomi jika keadaan ini berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif DBS, Cik Tan Su Shan – yang mula memegang jawatan itu secara rasmi pada April – berkata kesan langsung ke atas sektor dan negara adalah kecil kerana pendedahan bank terhadap urus niaga antara Amerika dan China adalah rendah.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak bank terus melakukan ujian tekanan untuk “risiko peringkat kedua”.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB, Encik Wee Ee Cheong, turut berkata kesan yang lebih ketara mungkin datang daripada “kesan peringkat kedua”, walaupun tahap sebenar masih belum jelas.

“Jika ketidakpastian ini berterusan, ia akan menjejaskan keyakinan pengguna,” katanya. “Dari situlah kelembapan ekonomi boleh berlaku.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif OCBC, Cik Helen Wong, berkata bank tersebut “cukup bersedia” untuk menangani isu tarif dan akan terus berwaspada dalam meluluskan transaksi kewangan, di tengah-tengah ketidakpastian semasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg